Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Enggan Gunakan Keranda, Lelaki Mahu Mayatnya Diletakkan Dalam Kereta Sebelum Kebumi

5 Jun 2018
One Comment

Seorang lelaki di China yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda tetapi sebaliknya mayatnya diletakkan di dalam kereta  sebelum dikebumi.

Menurut laporan dari media tempatan China, tindakan ini dilakukan berikutan permintaan yang diminta oleh si mati yang merupakan seorang pencinta kereta menerusi wasiatnya.

Sebuah video yang berkaitan dengan kejadian ini telah disiarkan pada petang Khamis lalu dan dilihat lebih 1.6 juta kali.


Video tersebut menyiarkan mayat lelaki yang berasal dari bandar Baoding, wilayah Hebei, utara China itu diletakkan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata bewarna perak miliknya sebelum kereta tersebut dimasukkan kedalam lubang kubur yang bersaiz besar secara perlahan-lahan.

Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.

Video yang dimuat naik di laman Weibo ini menerima pelbagai maklum balas dari netizen di China.

Sumber- CGTN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "