Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Ibarat Ulangan Bencana Purba Pompeii, Mayat Ditemui Terperangkap Dalam Debu Gunung Berapi Fuego Di Guatemala

5 Jun 2018

Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi di Guatemala terus meningkat kepada 62 orang ketika lava, abu dan gas panas di bebaskan daripada Gunung Berapi Fuego pada Isnin.


Letusan kedua yang berlaku menyukarkan kerja-kerja penggeledahan yang dibuat oleh petugas bencana untuk mengeluarkan mangsa yang terkorban akibat terperangkap dalam letusan itu. Kebanyakkan mangsa maut akibat terperangkap di dalam debu panas di Kampung El Rodeo selepas gunung berapi berdekatan bandar Guatemala meletus sehari lebih awal pada Ahad.

Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.2 juga melanda Guatemala pada Isnin, bagaimanapun tiada kerosakkan dilaporkan.



Jumlah kematian pada Ahad meningkat daripada 25 orang kepada 38. Terkini, Pengarah Pusat Sains Forensik Kebangsaan Guatemala melaporkan sebanyak 62 jasad dikeluarkan daripada kawasan bencana.

Badan Pengawasan Aktiviti Gunung Berapi Guatemala dilaporkan berkata keadaan di kawasan bencana musnah sepenuhnya dan landskap berubah selepas letusan tersebut berlaku.

Volcan de Feugo, atau ''Gunung Berapi Api'' adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah. Gunung ini mampu memusnahkan perkampungan orang ramai sebaik sahaja awan debu dilepaskan ke udara.



Letusan terkini daripada gunung berapi berketinggian 3,763 dari paras laut itu melepaskan debu panas yang menutupi kawasan hutan di sekitarnya selain turut menenggelamkan rumah dan kenderaan penduduk kampung dengan debu-debu tersebut.




Pengarah Institut Gunung Berapi dan Seismologi Pusat, Eddy Sanchez berkata suhu daripada letusan tersebut mencecah 700 darjah celcius. Beliau turut memberitahu bahawa aktiviti letusan itu berlarutan selama 16 jam sebelum berhenti, namun dijangka akan bersambung semula.

Gambar-gambar di kawasan bencana yang memperlihatkan mayat-mayat ditemui terbenam di dalam gebu serta keadaan mengerikan di perkampungan tersebut tersebar di media sosial selepas ia diterbitkan oleh syarikat televisyen tempatan.

Sehingga kini, sebanyak 3100 orang penduduk di sekitar kawasan bencana telah dipmdahkan ke pusat perlindungan.
















Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "