Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tak Kisah Kerajaan Mahu Hapuskan Legasi Saya, Tapi Tindakan Batalkan Projek Untuk Manfaat Rakyat Dan Negara, Patut Dihentikan - Najib Razak

8 Jun 2018
7 ulasan

Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan agar bersikap telus dan bertimbang-rasa dalam mengambil keputusan membatalkan projek atau inisiatif yang dimulakan untuk rakyat dan negara hanya kerana ingin mahu memadamkan legasi beliau sebagai bekas perdana menteri.

Beliau berkata, jika kerajaan mahu membuat pembatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat rakyat.

Dalam kenyataan menerusi Facebook Najib Razak hari ini, beliau turut menegaskan bahawa pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara harus diambil kira.

Manfaat Rakyat lebih penting dari hapuskan legasi atau hukum negeri pembangkang.

Satu laporan media antarabangsa dua hari lalu menyebut, sejak memenangi PRU14, kerajaan Pakatan Harapan telah mengarahkan kesemua poster dan papan tanda dengan slogan ‘1Malaysia’ perlu diturunkan manakala perpustakaan kerajaan diminta tidak meletakkan buku yang ada menyebut tentang saya.

Laporan ini turut menyebut bangunan Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX), yang lebih tinggi dari bangunan berkembar KLCC, terlepas dari pembatalan berikutan pembinaannya semakin hampir siap.


Turut bernasib baik adalah projek infrastruktur awam yang memanfaatkan berpuluh juta rakyat seperti sambungan LRT1 dan LRT2, KLIA2, jambatan kedua Pulau Pinang, MRT1 & MRT2, puluhan UTC, RTC, Lebuhraya Pan Borneo, Central Spine Road (CSR), projek yang sudah disiapkan atau pada peringkat terakhir untuk siap. Jika tidak, kerajaan Pakatan mungkin akan turut membatalkan projek-projek rakyat ini.

Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan berusaha untuk memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang 9 tahun saya sebagai Perdana Menteri namun, kerajaan perlu lebih telus dan lebih bertimbang rasa apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara, hanya kerana mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan.

Dalam tempoh dua minggu, kerajaan Pakatan sudah membatalkan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur Singapura dan MRT3 di sebalik kajian yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun yang menunjukkan manfaat ekonomi melampaui kos pembinaannya. Projek MRT3 juga diperlukan bagi memperlengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya, Lembah Klang akan terus berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya.

Satu lagi projek yang mahu dibatalkan oleh Perdana Menteri dua hari lalu ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan bagi pembangunan jajaran pantai timur Malaysia.


Biarpun Fasa 1 projek ini bagi Gombak hingga Kota Bahru sudah melepasi status 20 peratus siap dan pembatalannya akan menyebabkan kos RM22 bilion, kerajaan PH tetap mahu membatalkannya atau menangguhkan projek ini.

Saya juga difahamkan, pembayaran pembinaan bagi projek ECRL ini adalah berdasarkan kepada pencapaian pembinaan dan bukan bersandarkan kepada tempoh masa sebagaimana didakwa kerajaan Pakatan. Bagaimanapun, itu tidak menghentikan Pakatan Harapan untuk menggunakan maklumat tidak betul itu sebagai alasan untuk membatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini.

Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, adalah negeri yang bukan di bawah kerajaan Pakatan.

Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang sebagaimana dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembentungan?

Ketika saya sebagai Perdana Menteri, saya telah memastikan kesemua negeri, tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun, menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.

Sebab itu, kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah menyalurkan berpuluh bilion Ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Berikutan Kelantan agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain, saya juga telah memastikan Kelantan menerima lebih banyak dana pembangunan bagi manfaat rakyat dan projek menaiktaraf lebuhraya, bekalan air dan infrastruktur pembentungan. Lebuhraya CSR yang tidak dikenakan tol di mana sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna adalah salah satu contoh.

Kerajaan PH sudah diberi mandat untuk mentadbir, maka adalah menjadi hak mereka untuk memadamkan legasi saya atau menghukum negeri pembangkang dengan membatalkan projek bermanfaat untuk rakyat namun saya menggesa kerajaan hari ini, jika mahu membuat pembatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat rakyat.

Sekali lagi, saya menggesa kerajaan PH untuk mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat.

Kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif yang salah atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan mengenai hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu mengambil kira pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  2. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  7. "Ingin Bermain Togel Online ?

    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?

    Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman & Live Casio

    Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%

    Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit

    Untuk Info Lebih Lengkap : KELINCI99.ORG
    Di Jamin 100% Aman & Terpercaya

    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
    Minimal
    Deposit Rp.20.000
    Minimal Withdraw Rp.50.000
    Bet
    Invest Tidak Ada Batas Line

    Minimal Bet 1.000

    Tunggu Apa Lagi ?
    Daftar Sekarang Juga Di : www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "