Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Baling Kasut Pada Kucing, Lelaki Didenda M2000 Bagi Alasan Tidak Tahu Tindakannya Salah

8 Jun 2018
6 ulasan

Tindakan seorang lelaki yang membaling kasutnya kepada seekor kucing jalanan di lobi lif kondominium membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Zaini Othman, 59, selepas lelaki itu yang kelihatan sugul, mengaku bersalah atas pertuduhannya.

Mahkamah turut memerintahkan Zaini yang juga seorang arkitek selaku Orang Kena Saman dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda yang dikenakan itu.

Pada 20 September 2017 lalu, antara jam 6.40 petang dan 6.43 petang, dia didakwa secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan membaling menggunakan kasut miliknya di tingkat 1, Lift Lobi Intan Tower Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, di sini.


Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Zaini yang tidak diwakili peguam dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu perbuatannya itu merupakan satu kesalahan dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu menyambut hari raya Aidilfitri minggu hadapan.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga memberitahu dia berpendapatan rendah serta tidak tetap dan memohon kasutnya yang digunakan untuk membaling kucing itu yang telah diambil penguatkuasa veterinar dipulangkan kepadanya.

Namun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sharif Sabran memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira lelaki itu telah melakukan perbuatan tidak wajar kepada seekor kucing yang tidak mempunyai kebolehan untuk berkata-kata dan tidak mempunyai pemilik.

Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu telah menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang menunjukkan tertuduh telah membaling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ketakutan apabila cuba melarikan diri dari Zaini yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut ke arah kucing tersebut lalu pengadu membuat laporan polis.

Sumber : Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  2. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  6. "Ingin Bermain Togel Online ?

    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?

    Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman & Live Casio

    Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%

    Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit

    Untuk Info Lebih Lengkap : KELINCI99.ORG
    Di Jamin 100% Aman & Terpercaya

    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
    Minimal
    Deposit Rp.20.000
    Minimal Withdraw Rp.50.000
    Bet
    Invest Tidak Ada Batas Line

    Minimal Bet 1.000

    Tunggu Apa Lagi ?
    Daftar Sekarang Juga Di : www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "