Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bahaya Kepada Tubuh, 6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Sama Sekali, Nombor 5 Ramai Yang Selalu Makan

6 Jun 2018

Sudah menjadi kebiasaan, bila tengah memasak, secara spontan tangan ringan je masukkan bahan-bahan memasak ke dalam mulut. Betul tak mak-mak?

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat makanan yang dilarang untuk dimakan secara mentah kerana boleh membahayakan tubuh badan. Daging ayam atau makanan mentah lain sudah memang tentu dilarang kerana ada bakteria yang merbahaya.

Apa kata anda semak senarai ini. Ada di antaranya yang memang kita makan secara mentah kerana ingin rasa lebih fresh. Jangan ambil mudah, cegah sebelum terlambat. Semoga bermanfaat !

1) Kentang

Kentang yang belum direbus, digoreng atau dimasak, jangan sesekali dimakan mentah. Jika dimakan mentah boleh menyebabkan kesan angin dalam badan. Anda akan mengalami banyak gas dalam perut, kerap kentut dan kembung perut. Lebih menakutkan, jika kentang dibiarkan lama dalam keadaan panas atau kawasan yang basah, ia akan bertukar menjadi warna hijau dan menghasilkan toksik ‘solanine’ yang mengakibatkan keracunan makanan. Kalau anda melihat tompok hijau pada kentang, jangan cuba untuk makan !


2) Tepung

Ada ke tepung dicampur air dan dimakan begitu sahaja? Kalau ada, baik anda hentikan tabiat itu sekarang. Menurut dari kajian beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat memakan tepung mentah berpotensi memberi pelbagai masalah kesihatan. Mengejutkan lagi apabila tepung berkemungkinan membawa patogen seperti E.coli yang hanya akan hilang apabila dimasak. Sangat berbahaya.


3) Sosej

Sosej sudah tentunya bukanlah makanan yang berkhasiat tapi ada yang pula selamba makan ia secara mentah kerana rasanya sudah direbus setengah masak. Namun menurut kajian, adakah anda tahu pembungkusan sosej boleh terdedah kepada  kuman/bakteria Listeria yang boleh dibunuh dengan memasak sosej tersebut. Ingat, basuh dan rebus atau goreng dahulu sosej sebelum makan. Jangan terlalu mudah membahayakan kesihatan anda.


4) Susu

Susu yang terus diminum dari lembu tanpa ditapis atau pasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Individu yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan. Jangan bahayakan nyawa anda.


5) Taugeh

Taugeh kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan. Namun anda kena ingat, taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembab dan bakteria mudah membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan direndam selama beberapa hari.


6) Terung

Terung mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.


Sumber : Readers Digest

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "