Setiap pasangan yang berkahwin, pasti dilanda dengan ujian. Tipulah, kalau suami isteri tidak pernah berselisih faham atau tidak sependapat. Itu normal dalam setiap hubungan.
Namun, apabila pasangan kita berubah perangai, pasti kadang-kala kita rasa tertekan dengan keadaan itu. Isteri yang dulunya lemah-lembut, kini berbeza. Pantang salah sedikit, habis dimarah. Bercakap dengan suami pula dengan nada yang keras dan tegang. Puas si suami mencari salah sendiri, tapi tidak tahu punca. Mesti ada suami yang pernah mengalami situasi ini kan?
Perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua lelaki yang bergelar suami. Kadang-kala kita tidak sedar sebenarnya perbuatan kita mengguris hati isteri dalam diam. Percaya atau tidak, seorang isteri itu berubah kerana sikap suaminya sendiri. Baca kisah ini dan renungkan sedalamnya.
Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan saya sebelum sampai rumah. Saya terkejut juga. Abang tu stress. Katanya isterinya kuat suka marah-marah. Anak-anak asyik kena marah jer. Cepat naik angin. Suka masam jer muka. Berubah perangai. Dah lama juga perangainya. Ramadhan ini semakin menjadi-jadi. Tak nak layan suami. Dah tak nak bercakap..ustaz tolonglah saya. Apa saya perlu buat..
Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah.. lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan.. mereka cuma manusia macam kita.
Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka. Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..
Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami...mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..
Saya nak tanya abang ada tak buat semua tu. Kita para suami gagal bimbing mereka.
Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri.
Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku.. lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..
Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit.

Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih.. mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah.. buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..
Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asas dia mula di rumah. Bagaimana layan suami atau isteri.
Abang tu kata, ustaz izin saya peluk ustaz. Doakan saya ustaz. Saya nak jadi hamba Allah yang baik. Teringin nak buat dakwah dengan ustaz.
Saya doakan abang bahagia sampai syurga bersama isteri dan semua anak menjadi anak soleh dan solehah.

b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)