Stephen Hawking, ahli fizik dunia dalam satu kenyataan pernah memberitahu dimana manusia seharusnya mengelak daripada kemungkinan bertembung dengan makhluk asing yang dikatakan menghuni planet lain di angkasa. Ini kerana, pertembungan sedemikian hanya mengundang padah.
Pada hakikatnya, usaha untuk mencari atau memburu alien ini telah dijalankan sejak berdekad lamanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menjejaki bentuk dan kewujudan mereka melalui gelombang radio dan sebagainya. Namun pun begitu, sejauh manakah kebenarannya? Perkongsian daripada Zamir Mohyedin, seorang penyelidik ini secara tak langsung mungkin dapat menjawab persoalan yang tengah berlegar-legar difikiran korang.
Mengapa Stephen Hawking sekerasnya-kerasnya menentang pertembungan komunikasi dengan makhluk asing ini? Mari baca thread dibawah, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan korang.
Ini adalah thread! — Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Siakapkeli.my
Sumber: Zamir Mohyedin
Ini adalah thread! — Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.
Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%.
Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Perkara ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media-media Barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Iya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang abru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Menurut kiraannya, sebanyak 650,000 komet diperlukan pada waktu ini bagi menyebabkan penurunan sebanyak 22%.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Kajian berkenaan makhluk asing bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Sejak tahun 1960 lagi seorang ahli astronomi bernama Frank Drake telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Namun, sejak daripada tahun tersebut hinggalah kini, tidak ada sebarang penemuan yang berjaya di temui oleh saintis-saintis di SETI.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Usaha menjejaki makhluk asing kini bakal berubah apabila pada 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi membiyai projek-projek memburu makhluk asing sekaligus menjadikan ia sebuah pelaburan terbesar pernah berlaku dalam sejarah manusia.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Projek tersebut bernama Breakthrough Listen dan akan dijalankan selama 10 tahun dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal bernama Stephen Hawking.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Projek ini akan menggunakan dua teleskop radio terbesar di bumi iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikar dan Parkes Telescope di Australia.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Teleskop-teleskop ini akan menjadi 50 kali ganda lebih sensitif daripada sebelumnya dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang dan 100 galaksi terdekat dari sistem suria.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Sebarang pergerakan pesawat-pesawat asing yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop-teleskop ini kelak.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Mengetahui betapa besarnya pelaburan yang di buat oleh Milner membuatkan kita sedar, betapa jauhnya manusia telah pergi bagi menjejaki kehidupan asing selain manusia di alam ini.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Ia bukan pelaburan yang sia-sia kerana saintis telah pun pastikan terdapat 2,000 buah planet di luar galaksi bima sakti yang mempunyai tamadun asing padanya.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Di dalam galaksi bima sakti sendiri, kemungkinan terdapat 60 bilion planet yang sesuai di duduki hidupan di mana mungkin terdapat hidupan asing di planet-planet tersebut.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Namun, sebuah pertanyaan perlu dijawab, jika manusia benar-benar menjumpai tamadun asing ini apakah langkah kita yang seterusnya? Persoalan ini perlu dilihat dari mula iaitu jika isyarat pertama berjaya dikesan. Apa perlu dibuat?— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Jika isyarat pertama dikesan, pertama sekali menolak kemungkinan ia adalah isyarat daripada makhluk asing. Selepas itu, adakah isyarat tersebut boleh diulang? Jika isyarat tersebut hanya terima sekali sahaja, maka susah untuk justifikasi dengan sebarang hidupan makhluk asing.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Perkara ini mungkin boleh mengingatkan kita kepada signal “WOW!” yang diterima oleh saintis pada bulan Ogos tahun 1977. Pada tahun tersebut, saintis menerima ledakan gelombang radio yang berkekalan selama 72 saat.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Bahkan, isyarat tersebut sangat hampir dengan frekuensi yang dipercayai oleh penyelidik SETI akan digunakan oleh makhluk asing untuk berkomunikasi dengan manusia. a— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Apabila ahli astronomi bernama Jerry Ehman menerima versi cetakan daripada isyarat tersebut di Ohio, beliau menulis di tepinya perkataan “WOW!” menggunakan pen merah.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Namun, selepas daripada peristiwa tersebut, tidak ada lagi sebarang isyarat baru yang serupa diterima oleh ahli-ahli saintis. Sekali sahaja isyarat yang diterima tidak boleh dijadikan alasan ia datang daripada makhluk luar.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Justeru, isyarat tersebut boleh didedahkan kepada saintis lain untuk dianalisis. Namun, jika isyarat tersebut berulang dan berkemungkinan besar dihantar oleh hidupan asing, maka menurut SETI, maklumat tersebut perlu segera di laporkan kepada Setiausaha Agung PBB.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Isyarat tersebut akan dilindungi dan sebarang respon balas daripada saintis adalah dilarang melainkan konsensus di peringkat antarabangsa telah dijalankan bagi membenarkan sebarang respon isyarat di buat semula bagi pihak bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut dikehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut dikehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Namun, sama ada manusia perlu memberikan respon atau tidak, ahli astronomi telah bercanggah pendapat mengenainya. Sebahagiannya bersetuju, manakala sebahagian yang lain mebantahnya.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Malah, Stephen Hawking sendiri merupakan antara ahli kosmologi yang menentang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Persoalan seterusnya ialah, jika isyarat diterima bagaimana manusia di bumi dapat membuat interpretasi kandungannya? Makhluk asing tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris atau mana-mana pun bahasa yang di gunakan oleh manusia di bumi!— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Yep, memang betul tidak munasabah makhluk di luar bumi boleh berkomunikasi menggunakan bahasa manusia di bumi. Oleh itu, simbol matematik mungkin adalah alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk angkasa raya.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Respon pertama perlulah mengandungi maklumat berkenaan Prime Number ataupun Fibonacci Consequence yang digunakan manusia di bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Apabila kedua-dua pihak sudah faham akan bahasa perantaraan yang perlu di gunakan untuk berkomunikasi, iaitu matematik, maka manusia boleh menggunakan mesej yang lebih terperinci seperti kod binari untuk menghantar mesej yang lebih terperinci.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Lagi persoalan, apakah kandungan mesej yang perlu dihantar manusia kelak?— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Kita mungkin boleh menggunakan aspirasi daripada percubaan yang lepas apabila pesawat Voyager di lancarkan pada tahun 1977, ia membawa juga bersamanya sebuah plat emas beukuran 12 inci yang mengandungi bunyi dan gambar daripada bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Bunyi tersebut mengandungi bunyi-bunyi burung, bunyi gelombang dan kilat. Malah ia juga mengandungi susunan muzik yang pernah di karang oleh Beethoven, Bach dan Chuck Berry.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Manakala gambar pula mengandungi gambaran mengenai sistem solar, DNA dan bagaimana manusia membiak. Plat tersebut mengandungi juga peta yang menunjukkan kedudukan bumi yang berada di galaksi bima sakti.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Voyager 1 mungkin telah meninggalkan sistem solar, namun ia mungkin mengambil masa selama 40, 000 tahun lagi untuk tiba ke sistem solar yang lain.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Selain menghantar mesej, faktor lain yang perlu diambil kira adalah masa diambil untuk menghantar mesej tersebut. Walaupun mesej tersebut akan menggunakan gelombang radio yang bergerak dengan pecutan cahaya, ia tetap mengambil masa yang lama untuk bergerak melintasi alam semesta.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Masa yang diperlukan untuk tiba di sistem solar terdekat dengan bumi pun bakal mengambil masa selama 4 tahun. Manakala bintang KIC 8462852 yang menjadi igauan akan kewujudan makluk asing pula berada pada kedudukan 1,480 tahun perjalanan cahaya. erit— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Sebarang mesej yang cuba di hantar ke bintang tersebut pada waktu sekarang akan memakan masa yang lama untuk sampai iaitu selama 3,000 tahun!— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Seandainya manusia benar-benar menerima isyarat makhluk asing ini, maka apakah kesannya kepada manusia secara psikologi pula?
Adakah akan menimbulkan keresahan, kerisauan atau gangguan psikologi yang lain? Kerana segalanya boleh berlaku.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Boleh jadi makhluk asing ini merupakan spesis penjajah yang bersifat ganas dan zalim. Atau mungkin boleh jadi sebaliknya juga. Samada makhluk asing ini bersifat zalim ataupun berdiplomasi, tiada siapa pun yang tahu dan kedua-duanya mempunyai kebarangkalian yang seimbang.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Untuk mengetahui perkara ini, pada tahun 1999 sebuah bancian telah dilakukan oleh The Roper Organisation hasil kerjasama dengan National Institute for Discovery Science (NIDS).— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Hasil kajian mereka mendapati sebanyak 32% responden menjawab, mereka bersedia menghadapinya dan 17% lagi menjawab memikirkan tempat mereka di alam ini.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Apabila soalan ditanya, “How you thought others would respond?”
Sebanyak 25% menjawab kebanyakan orang akan panik, terkejut. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada sebuah peristiwa pada tahun 1938 dahulu, di mana Orson Welles telah membuat sebuah siaran radio bertajuk “War Of The Worlds” memaklumkan makhluk asing bakal menyerang bumi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Siaran tersebut begitu realistik sehinggakan ramai orang benar-benar mempercayai makhluk asing benar-benar akan menyerang manusia. Laporan-laporan serangan histeria banyak dilaporkan pada waktu itu.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Apabila versi Sepanyol telah disiarkan di Ecuador pada tahun 1949, ramai orang menjadi gila dan memenuhi jalanan-jalanan sehingga menyebabkan 6 orang telah mati.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Apakah agaknya sifat tamadun asing ini? Adakah mereka bersifat aggresif seperti kaum saiya? Atau bersifat kawan seperti ET? Hasil daripada kajian yang dilakukan pada tahun 1997 mendapati, sebanyak 84% responden yakin, makhluk asing akan bersifat baik dan diplomasi.— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2018
Siakapkeli.my
Sumber: Zamir Mohyedin
Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadamMari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)co
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
BalasPadampin bb#58ab14
Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
BalasPadamTapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
Minimal Deposit Rp.20.000,-
Minimal Withdraw Rp.50.000,-
Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET