Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Isteri Beranak Ramai, Baca Dulu Perkongsian Doktor Ini - Isteri Meninggal Selepas Bersalin, Jangan Ambil Mudah Akan Risikonya

21 Mei 2018
3 ulasan

Pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita tak mungkin dapat dibalas. Disebabkan itu Islam mengangkat darjat seorang ibu tiga kali melebihi ayah. Ini menunjukkan betapa mulianya jasa dan pengorbanan seorang ibu itu.

Namun, sebagai seorang suami pernahkah kita terfikir akan risiko yang akan dihadapi oleh si isteri saat menempuh proses bersalin hingga nyawanya sendiri jadi taruhan. Ya, mungkin anggapan kita itu memang fitrah seorang wanita untuk melahirkan zuriat. Disebabkan itulah adanya segelintir suami yang sanggup main 'order' je nak berapa anak dekat isteri masing-masing.

Perkongsian daripada Doktor Taufiq Razif ini mungkin boleh membuka mata para suami di luar sana. Hargailah jasa isteri kerana pengorbanan mereka melahirkan zuriat anda tidak ternilai.
Tolong beranak lagi sayang!

Saya dulu main order je nak anak 11 orang kat isteri saya. Kononnya nak cukupkan kuota 1 pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti tapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan berhadapan dengan risiko bersalin saya jadi termenung sendiri.

Risiko bersalin ni bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Macam yang terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado yang menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.

Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum tu sihat walafiat je. Arwah mulanya dah ada tanda-tanda nak melahirkan tapi selepas 8 jam menunggu, masih takde perubahan dan janin pun dah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress jadi para doktor pun putuskan untuk lahirkan secara pembedahan.

Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama! Itu menandakan oksigen dalam darah arwah dah makin berkurang! Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan. Semuanya kembali tenang. Tiba-tiba keadaan arwah makin teruk, saturasi oksigen makin berkurang dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas pembedahan tu dilakukan.

Bila dah bedah siasat rupanya arwah mengalami emboli udara. Emboli udara tu la yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli tu dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ni betul-betul buat saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri saya jadi sayu je.

Sekarang ni saya dah faham. Saya dah faham, kenapa la seorang wanita ni sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil. Sekarang saya dah sedar. Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung mata rantai zuriat la yang menyebabkan martabat seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!

p/s : Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha jadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!

Tolong Follow Taufiq Razif & Set See First supaya tak tertinggal info yang akan sangat berguna untuk kehidupan berkeluarga.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "