Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Sekeping Gambar, Jurugambar Berjaya Kesan Kanser Berbahaya Pada Mata Seorang Kanak-Kanak Dan Selamatkan Nyawanya

21 Mei 2018

Penglihatan seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan apabila seorang jurugambar percutian yang mengambil gambarnya berjaya mendedahkan bahawa kanak-kanak tersebut dengan menderita penyakit kanser yang jarang-jarang berlaku.


Keluarga tersebut yang ketika itu dalam percutian di Tenefire, meminta seorang gurugambar percutian untuk mengambil gambar anak mereka, Presley yang ketika itu berusia 7 bulan.

Jurugambar wanita yang dikenali sebagai Alessia, perasan bahawa terdapat tompok putih pada bahagian mata hitam Presley ketika melihat gambar yang diambilnya. Dia kemudian memaklumkan kepada ibu bapa Presley, Sophie Findlay dan Darren Marshall bahawa anak mereka mungkin sedang menderita penyakit kanser retinoblastoma.

Warna putih pada mata kanan Presley yang dikesan oleh Alessia

Mereka kemudian segera pulang ke rumah mereka di Jarrow, South Tyneside dengan mengambil penerbangan keesokan harinya terus ke Sunderland Eye Infirmary untuk memeriksa mata Presley dan diognasis mengalami kanser tersebut.

Setelah menjalani rawatan kemoterapi dan kehilangan penglihatan sementara waktu, Presley yang kini berusia 2 tahun dijangka akan pulih sepenuhnya daripada kanser tersebut tidak lama lagi.

''Jika Alessia tidak menegur kami dan mengambil gambar Presley, anak kami mungkin sudah kehilangan penglihatan. Wanita ini telah menyelamatkan anak kami.

''Presley langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak sihat dan kami mungkin hanya memeriksa kesihatan matanya ketika dia berumur 4 tahun,'' kata ibunya yang melahirkan penghargaan kepada Alessia.

Alessia dan Presley

''Ketika kami berada di hotel, kami mendapatkan perkhidmatan Alessia untuk mengambil gambar kenangan bercuti kami sekeluarga. Pada hari kedua terakhir percutian itu, kami bertemu dengan Alessia untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut.

''Alessia kemudian meminta saya untuk melihat mata Presley. Pada mulanya saya menyangkakan ia adalah kesan pencahayaan kamera dan memintanya untuk menyunting gambar tersebut agar menjadi lebih menarik.

''Namun Alessia memberitahu saya, mata Presley sepatutnya tidak menunjukkan tanda putih di dalam gambar tersebut dan meminta saya agar segera bertemu dengan doktor untuk memeriksa mata anak kami,'' katanya lagi.

Ujarnya lagi, sebaik sahaja tiba di hospital, mereka diberitahu bahawa masalah mata yang dialami oleh Presley sangat serius.

Presley dan ibunya

''Terdapa bebola putih pada mata kanannya. Kemudian kami perlu menunggu untuk mengetahui betapa serius masalah tersebut. Ia ditahap B, dan E adalah tahap paling rendah. Jadi kami bersyukur kerana mengetahuinya seawal yang mungkin,'' kata ibu itu lagi.

Presley kemudian menjalani beberapa rawatan seperti pembedahan laser, kemoterapi dan beberapa rawatan lagi.

''Kami berhutang segalanya dengan Alessia,'' ujar ibu Presley ketika bertemu sekali lagi dengan Alessia untuk mengucapkan terima kasih.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "