Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Klip Audio Yanny VS Laurel Yang Membingungkan, Ini Penjelasan Kenapa Anda Dengar Perkataan Yang Berbeza-Beza

28 Mei 2018

Kami pasti bagi anda yang aktif di media sosial pernah 'selisih' dengan satu posting, mengenai satu klip video ''Yanny'' atau ''Laurel".

Klip audio yanag pertama kali muncul di platform Reddit itu hanya mengandungi satu perkataan sahaja iaitu perkataan yang menjadi pertikaian netizen.

Ia merupakan ilusi audio terbaru yang menjadi perdebatan selepas satu ilusi melibatkan satu gambar pakaian wanita. Subjek yang menjadi pertikaian baju tersebut adalah warnanya, sama ada hitam biru atau putih emas.


Apa yang menariknya mengenai kedua-dua subjek yang didebatkan oleh netizen ini adalah pendapat yang terbahagi kepada tiga kem berbeza. Kem pertama berpendapat baju tersebut berwarna hitam dan biru manakala klip audio itupula menyebut perkataan Yanny. Kem kedua mengakui melihat warna putih dan emas serta mendengar perkataan Laurel. Manakala kem ketiga, memilih untuk mengiakan kenyataan bahawa mereka melihat kedua-dua warna serta mendengar kedua-dua perkataan.

Jadi, apa yang berlaku? Kenapa jutaan mata yang melihat dan telinga yang mendengar, boleh memberikan jawapan yang berbeza? Siapa yang betul dan siapa pula yang salah?

Persoalan-persoalan tersebut kekal tidak berjawab terutamanya mengenai klip audio tersebut sehingglaha seorang penyelidik mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan yang munasabah apa yang berlaku.

Profesor David Alais daripada Universiti Sydney menjelaskan keadaan yang berlaku adalah disebabkan ransangan persepsi samar, sama seperti kontroversi Kiub Necker dan ilusi muka/pasu.

''Ia boleh ditafsir dengan dua cara, dan seringkali minda berbalik dalam menafsir kedua-dua interpretasi. Hal ini berlaku kerana minda tidak dapat menentukan mana satu interpretasi yang lebih jitu.

''Jika wujud sedikit kesamaran, otak segera mengunci pada pada satu sahaja interpretasi perseptual tersebut. Contohnya, klip audio Yanny / Laurel ini adalah contoh kesamaran disebabkan kedua-dua bunyi mempunyai pemasaan dan tenaga yang sama. Jadi secara prinsipnya, ia mengelirukan.

''Dengan adanya klip video ini, ia dapat mendedahkan betapa aktifnya otak berfungsi sebagai interpreter input sensory,'' katanya.

Malah menurut Prof. Alain, dia seperti mana sebahagian besar netizen lain 100 peratus yakin bahawa klip audio tersebut berbunyi Yanny, tanpa ragu-ragu.

Menurut beliau lagi, kesamaran mungkin terjadi bergantung kepada dua perkara. Pertama adalah tahap sensitiviti pendengaran seseorang yang dipengaruhi dengan pelbagai faktor antaranya usia. Yang kedua adalah cara perkataan tersebut disebut yang berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Misalnya Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, namun cara sesuatu perkataan itu disebut sedikit berbeza.

Hujah yang dibawa oleh Prof Alais turut diperkuat dengan hasil penyelidikan yang dibuat oleh seorang penyelidikan daripada Universiti Maastricht, Prof. Lars Riecke. Dalam penyelidikannya, Prof. Lars mencadangkan bahawa frekuensi adalah kuncinya, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga melibatkan struktul mekanikal telinga, dan jangkaan yang didengar oleh telinga.

''Kebanyakkan bunyi, termasuk bunyi L dan Y terhasil daripada beberapa frekuensi serentak, bunyi Y mungkin di ubah sedikit tinggi manakala bunyi L direndahkan,'' katanya.

Manakala Hugh McDermott daripada Institut Bionik Melbourne pula berkata, terdapat banyak faktor luaran lain turut mepengaruhi bunyi klip audio tersebut.

''Apabila minda tidak dapat menentukan dengan tepat, minda cenderung untuk menggunakan klu-klu luaran untuk memberikan jawapan yang tepat.

''Misalnya jika anda pernah atau sering mendengar perkataan Laurel sebelum ini, anda barangkali tidak akan dapat mengecam bunyi Yanny,'' katanya.

Jadi apa jawapan yang sebenar? Laurel atau Yanny?

Di dalam rancangan National Geographic, Brad Story yang bertugas di Makmal Psisiologi dan Akustik Ucapan Universiti Arizona mendakwa bahawa rakaman asal audio tersebut adalah Laurel, namun disebabkan ia tidak jelas, lalu mewujudkan kekeliruan dan tafsiran yang berbeza.

Story telah menjalankan satu ekperimen dengan merakam suaranya sendiri menyebut kedua-dua perkataan tersebut dan mendapati wujudnya corak yang sama antara perkataan Yanny dan Laurel.

Selain pakar-pakar bunyi seantero dunia yang turut teruja untuk membincangkan dengan sensasi terkini internet tersebut, ada juga beberapa netizen yang tidak mahu ketinggalan berkongsi dapatan kajian mereka di media sosial.

Antaranya adalah pengguna Twitter dengan pengenalan diri, Earth Vessel Quotes yang berpendapat jumlah bass yang dipancarkan dari alat memberikan impak yang sangat signifikan.



Frekuensi rendah membuatkan anda mendengar perkataan Laurel manakalan frekuensi tinggi menghasilkan perkataan Yanny.

Pemilik asal suara Yanny dan Laurel itu, Jay Aubrey Jones atau The Laurel Guy ini sendiri turut merasa lucu dengan klip audio tersebut yang dirakam 11 tahun lalu. Katanya, dia telah menyumbangkan suara untul lebih daripada 36,000 perkataan untuk Vocabulary.com dan antaranya adalah perkataan Laurel itu.

Sumber : The Guardian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "