Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bosan Dengan Peminjam Yang Liat Bayar Hutang, Pihak Berkuasa Guna Kaedah Ini Untuk Malukan Peminjam

28 Mei 2018
4 ulasan

Sebuah kaedah kontroversi digunapakai oleh pihak berkuasa di daerah Heijiang, China selepas bosan dengan karenah peminjam yang liat untuk membayar hutang mereka.

Mereka menggunakan kaedah menayangkan wajah dan nama peminjam dalam sebuah klip pendek di pawagam sejurus sebelum tayangan filem bermula.

Klip yang disebut 'Reel of Shame' itu mempunyai watak animasi yang mengajak penonton untu melihat 'laolai' sebelum memaparkan muka, nama dan butiran peminjam pada skrin besar dalam pawagam tersebut.

'Laolai' merujuk kepada peminjam yang gagal membayar hutang mereka tepat pada waktunya.


Bagi memastikan cara tersebut berkesan, pihak berkuasa memilih untuk mempamerkan wajah-wajah peminjam di panggung wayang yang berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.

"Memalukan mereka secara umum telah menjadi kaedah yang semakin meluas untuk menghukum laolai, bersama hukuman lain kerana gagal membayar balik pinjaman, termasuk senarai hitam dan sekatan perjalanan," ujar Pengarah Penguatkuasa Pengadilan Hejiang, Li Qiang, yang dipetik dari laporan The Cover.

"Bagi penonton di pawagam, kami secara khusus memilih untuk mendedahkan nama penghutang di kawasan rumah mereka supaya ia lebih tepat kepada sasaran dan hasilnya akan lebih berkesan."

Menariknya, Reel of Shame adalah salah satu daripada beberapa kaedah memalukan secara umum yang digunakan di China.

Pada tahun lalu, kerajaan melancarkan sistem nasional yang membolehkan nama peminjam, nombor kad pengenalan, gambar, alamat rumah dan amaun yang perlu dibayar penghutang disebarkan kepada umum melalui pelbagai saluran sebagai cara memaksa mereka membayar hutang.

Sumber- OddityCentral
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "