Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Wahai Isteri Yang Aku Cinta, Genaplah Setahun Pemergian Mu,'' Luahan Sedih Lelaki Ini Buat Netizen Mengalirkan Air Mata

5 Apr 2018

Kehilangan insan yang tersayang dalam hidup pasti memberi tamparan yang hebat kepada sesiapa sahaja. Hanya yang pernah melalui akan merasa sakit yang sama. Pasti setiap hari yang dilalui terasa sukar, terpisah selamanya di dunia, hanya doa jadi penghubung rindu.

Seperti coretan lelaki ini Mohammad Fyruze yang telah kehilangan separuh jiwanya. Genap setahun pemergian isteri akibat kanser pasti meruntun hati setiap yang membaca nukilan ini. Hampir 6 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama, mana mungkin boleh melupakan setiap kenangan.

Mari kita ikuti coretan beliau seperti di bawah. Moga jadi renungan untuk kita terus menghargai insan tersayang selama mereka masih di sisi. Buat yang kehilangan, bersabarlah atas ujian Tuhan.

Assalammualaikum wahai isteri yg aku cintai TINI MAZAILA BINTI MASHHOR..

Harini 28/3/2018 pada pukul 12.20am genaplah pemergian kamu selama setahun. Cepat masa berlalu, tapi bagi sy baru semalam sy kehilangan kamu..


Sy rindu & sedih kehilangan kamu.. sy teringat seminggu sebelum kamu menghembuskan nafas terakhir. Banyak kali kamu meminta maaf pada sy. Kamu peluk sy. Kamu ckp yg kamu takut.. Kamu serah pendrive pada sy (sy tak tau apa isi kandungan, rupanya wasiat selepas kamu PERGI yg telah ditulis pada tarikh 21/2/2017).

Kamu ibarat sudah tahu yg kamu akan tinggalkan sy buat selamanya.. disaat kamu menghembuskan nafas terakhir air mata kamu bergelinangan.. Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya perasaan sy sebagai SUAMI kehilanganmu.


Saya bagai nk gila, sy mcm nk bunuh diri & sy total lost..setiap kali sy tidur, sy sentiasa teringatkan kamu. Teringat saat2 manis & susah senang bersama dan paling sy tak boleh lupakan di saat2 akhir kamu wahai isteriku.

Aku dah takda tempat hendak mengadu lagi. Bila sy dlm kesusahan, kesedihan & kesakitan hanya berdoa & menangis saja. Itu je yg boleh meredakan kesedihan diriku..


Syg.. kebanyakkan org menyuruh sy cari pengganti awk. Sy jadi bosan dgn ayat2 tu. Diorang tak tau macam mana kehilangan org yg kita syg & susah senang bersama. Diorang ingat cari pengganti ibarat mencari sehelai baju... sy hanya diam & senyum pada diorang walaupun hati sy sgt sedih..


Syg.. kesihatan diriku tidak mengizinkan..sy hanya berdiam diri tanpa mengadu pada sesiapa. Sy tak nak susahkan sesiapa. Sy lebih rela diamkan diri sahaja syg..

Syg... satu hari sy ada bermimpi bersama kamu. Sy tak tau mimpi ape, tapi mimpi tu adalah mimpi yg membuatkan sy happy. Dalam gembira sewaktu bermimpi, tiba2 kamu hilang dlm mimpi sy.. sy mencari kamu sampai sy menangis dlm mimpi dan sy terjaga dlm menangis..

Pagi tu sy tak pergi kerja kerana keadaan sy tak mengizinkan.. rupanya tekanan darah sy tinggi. Doc ckp kenapa dgn awk.. sy ckp doc sy STRESS yg teramat... segalanya dah tiada makna bagi sy...

Ya Allah ya tuhanku.. kuatkan lah semangat hamba mu ini utk tempuh segala ujian & dugaan yg penuh berliku. Hamba mu ini tidak kuat utk tempuh berseorangan. Tolong lah ya Allah.. hambamu merayu padaMU..

Syg... insyaAllah sy akan mengikuti jejak langkahmu juga..

Wahai sayangku, Aku tidak akan melupakanmu. Aku akan berpegang dgn janji2 kita masa dahulu. Wahai sygku kenapa engkau pergi dahulu meninggalkan aku sendiri.


Tanpa engkau hidupku terasa sunyi. Syg..... akan ku ingat selalu pengorbanan yang telah engkau berikan. Kasih telah terbina sebuah mahligai. Menjadi tanda Agungnya cinta kita.

Kasih telah ku binakan sebuah istana, menjadi tanda cinta sejati. Megah menghiasi taman kasih kita
dan diringi haruman firdausi.

Dikaulah permaisuri di hati suami, penyejuk mata penenang di hati. Tapi angin yang mendatang bagaikan badai yang melanda. Kau pergi dulu tanpa menunggu ku, kerna takdir ku relakan jua.


Kekasih akan ku pahatkan doa ku, di dalam lena dan jua jagaku. Kekasih akan ku sirami pusaramu
dengan cinta sejati. Andai takdir kita bersama lagi, ku ingin hidup bahagia bersama mu.

Damailah kamu disana ya CINTA...
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "