Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita Hamil Dikecam Kerana Bentes Kaki Kanak-Kanak Sedang Berlari Kerana Tak Puas Hati Terganggu Ketika Makan

25 Apr 2018

Seorang wanita yang sedang hamil di China mendapat kecaman daripada netizen apabila perbuatan 'tidak matangnya' membentes kaki seorang kanak-kanak yang sedang berlari di dalam sebuah restoran. Perbuatan tersebut berjaya dirakam kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) sebelum ia disebar dan menjadi tular di internet.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoren di Baoji, wilayah Shanxi pada 19 April lalu, CCTV merakam seorang kanak-kanak lelaki yang berlari masuk ke dalam kedai. Ketika kanak-kanak tersebut berlari melalui pintu, dia merempuh langsir plastik yang dipasang dan secara tidak sengaja telah mengenai wanita tersebut yang sedang menikmati juadah bersama suaminya.


Wanita tersebut, yang hamil 7 bulan kemudian menghulurkan kaki dan membentes kaki kanak-kanak tersebut yang sedang berlari keluar daripada kedai sehingga terjatuh ke atas lantas. Kanak-kanak tersebut juga dilihat sedang membawa makanan yang turut terjatuh ke atas lantai.

Perbuatan wanita itu dilihat oleh tetamu-tetamu lain yang berada di dalam restoren. Wanita itu bagaimanapun dilaporkan mengadu kurang sihat sebelum bergegas meninggalkan restoran tersebut.


Rakaman tersebut yang menjadi viral di media sosial nyata menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan wanita itu tidak layak untuk menjadi seorang ibu.

Media bagaimanapun melaporkan bahawa wanita hamil itu kemudian menyerahkan diri kepada pihak polis dan meminta maaf kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Malah pasangan tersebut turut berjanji untuk membayar bil rawatan kanak-kanak terbabit.


Kanak-kanak tersebut yang mempunyai masalah jantung, dilaporkan mengalami sedikit rasa pening akibat impak ketika jatuh. Namun tiada kecedaraan serius pada fizikal.

Wanita hamil itu diarahkan membayar denda sebanyak 1000 Yuan (RM 620). Polis juga memberitahu bahawa dia boleh dipenjara 10 hari namun dilepaskan kerana mengambil kira dirinya yang sedang sarat hamil.




Sumber : Next Shark
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "