Sepasang suami isteri di China akhirnya bersatu kembali dengan anak perempuan mereka yang didakwa telah diculik di sebuah pasar di Chenhdu, wilayah Sichuan, selepas 24 tahun mencari.
Wang Mingqing dan isterinya Liu Dengying ketika itu sedang menguruskan perniagaan di gerai buah-buahan milik mereka, sebelum menyedari anak perempuan mereka yang berusia 3 tahun, Qifeng hilang.
Kehilangan anak membuatkan mereka hilang arah, namun tidak pernah berputus asa mencarinya hinggalah pada awal tahun, mereka menemuinya kembali setelah hampir suku abad mencari.
Selepas kehilangan Qifeng, Wang memberitahu bahawa dia mencari anaknya tidak kira siang atau malam, hingga akhirnya dia menjadi seorang pemandu teksi demi memudahkan pencariannya.
Malah, Wang juga turut mencetak maklumat mengenai Qifeng pada kad bisnesnya dan mengedarkan lebih daripada 17 ribu keping kepada pelanggannya. Wan juga turut menampal poster Qifeng pada cermin belakang teksi yang dipandunya.
''Mungkin satu hari nanti, anak saya yang akan menumpang teksi yang saya pandu,'' kata Wang.
Dek kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh Wang, kisah kehilangan anaknya telah menjadi berita panas dalam masyarakat setempat, dan awal tahun ini, seorang artis lakaran yang mendapat tahu perkara tersebut sudi menawarkan bantuan untuk membuat lakaran wajah Qifeng sekiranya dia sudah mengningkat dewasa.
Berbalik pada Qifeng anaknya, yang kini berusia 27 tahun, dia memberitahu bahawa dia dibesarkan hanya 12 batu daripada Chengdu oleh sebuah keluarga angkat, yang kemudian menamakannya sebagai Kang Ying.
Qifeng tahu bahawa dia dibesarkan oleh keluarga angkat, dan menjalani kehidupan harian dengan anggapan bahawa ibu bapanya telah mengabai dan meninggalkannya di tepi jalan.
Namun, sebaik sahaja dia melihat lakaran wajah sebagai dewasa seorang kanak-kanak yang diculik, dia sangat terkejut kerana ia amat menyerupai wajahnya dan kemudian cuba berhubung dengan Wang.
Dengan bantuann pihak polis, Qinfeng dan Wang menjalani ujian DNA minggu lepas, dan ujian tersebut mengesahkan bahawa mereka mempunyai hubungan sebagai ayah dan anak.
Melalui liputan oleh saluran televisyen tempatan, Cover News yang melaway keluarga Wang di mana dia bakal membuat panggilan pertama terhadap anaknya selepas 24 tahun, Wang ternyata tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik sahaja mendengar suara anaknya.
''Bermula sekarang, ayah kamu ada di sini. Kamu tidak perlu bimbangkan perkara yang lain. Ayah kamu akan sentiasa menyokong kamu,'' tangis Wang.
Qifeng yang kini menetap di wilayah Jilin di utara China, bersetuju untuk mengambil penerbangan dan hadir ke Chengdu untuk pertemuan semula pada semalam, 3 April.
Malah, Qifeng juga turut membawa anak perempuannya yang berusia 1 tahun dalam pertemuan itu.
Kehadiran Qifeng disambut dengan pelukan erat dan air mata oleh ibu bapanya ketiak hadir menjejakkan kaki di depan rumah lamanya.
Usaha gigih Wang sekeluarga selama 24 tahun akhirnya terbalas dan mereka mengabadikan pertemuan semuala itu dengan mengambil foto keluarga.
Sumber : Daily Mail
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877