Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Chicken Rendang Is Not Crispy", Giliran Pesuruhjaya Tinggi British Di Malaysia Pula 'Serang' Juri MasterChef UK

4 Apr 2018
No Comment
Rendang ayam yang dihidangkan bersama nasi lemak 'tidak pernah rangup', kata Pesuruhjaya Tinggi British ketika kedatangannya ke Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi, Vicki Treadell menyatakan kenyataannya berhubung hidangan itu selepas isu ini menjadi kontroversi dengan komen-komen yang dibuat oleh para hakim semasa episod MasterChef UK baru-baru ini.

Pada Isnin lepas, salah seorang peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan tradisional nasi lemak dengan rendang ayam, namun hidangan tersebut menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir pertandingan tersebut kerana para hakim tidak berpuas hati dengan rendang ayam yang disajikan tidak cukup rangup.

Sejurus daripada kejadian itu, rakyat Malaysia telah bertindak dengan mengkritik para hakim MasterChef UK kerana mempersoalkan sajian tradisi makanan Asia.

Tradell berkata didalam akaun Twitter miliknya, VickiTreadell, bahawa rendang merupakan hidangan ikonik Malaysia yang tidak boleh disamakan dengan hidangan Indonesia.

“Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak boleh disamakan dengan sajian seperti ayam goreng yang kadang-kadang dihidangkan dengan nasi lemak,” kata Treadell di Twitter miliknya pada Selasa lalu.

Treadell mempunyai susur galur di Malaysia kerana telah dilahirkan di Ipoh, Perak.

Baca artikel sebelum ini:
(Video) Tersingkir Gara-Gara Kulit Ayam Rendang Tak Rangup, Netizen Malaysia Selar Juri MasterChef UK Selepas Singkirkan Zaleha

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "