Kita selalu dengar orang pesan tak boleh makan itu dan makan ini bila kita menghidapi penyakit tertentu. Penghidap darah tinggi dipesan jangan kerap makan daging merah dan makanan yang masin, penghidap sakit jantung dilarangnya makan makanan berlemak dan berminyak. Yang kencing manis lagi susah, nasi kena kurang, manis kena elak dan macam - macam lagi.
Susah kan? Kalau semua tak boleh makan, apa je yang tinggal untuk kita? Dah, jangan pening-pening jangan susah hati. Buat mereka yang menghidap penyakit kencing manis ataupun ada ahli keluarga yang menderita penyakit tersebut, apa kata anda baca artikel yang kami mahu kongsikan kali ini.
Kali in kami nak kongsi dengan anda pembaca-pembaca kami mengenai 15 jenis makanan yang boleh diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis.
1. Coklat Hitam
Kajian menunjukkan bahawa coklat hitam mengandungi flavonoid yang tinggi, satu nutrisi yang dapat mengurangkan rintangan insulin, sekaligus menambah tahap sensitiviti insulin, mengurangkan paras insulin dan glukos dalam darah.
Pada 2008, kajian yang dibuat keatas sekumpulan individu yang mengamalkan pengambilan coklat hitam melaporkan bahawa mereka kurang mengambil makanan manis, masin dan berlemak berbanding mereka yang mengamalkan diet coklat biasa.
Malah, flavonid juga didapati dapat mengurangkan risiko penyakit strok, tekanan darah dan serangan jantung sebanyak dua peratus dalam tempoh lima tahun.
2. Brokoli
Brokoli diangkat sebagai Superhero Anti-Diabetes kerana ia mengandungi satu bahan yang dipanggil sebagai sulforaphane, yang mana mampu mencetuskan beberapa proses anti-imflamatori yang dapat memperbaiki kawalan gula dalam darah serta melindungi salur darah.
Sulforaphane juga membantu mekanisma semula jadi detoksin dalam badan, membujuk enzim agar mengubah bahan kimia yang menyebabkan kanser menjadi bahan kimia yang kurang berbahaya supaya lebih mudah dikeluarkan dari badan.
3. Blueberi
Buah blueberi mengandungi dua jenis fiber iaitu fiber larut yang membuatkan anda lambat rasa lapar dan membantu mengawal paras gula dalam darah serta fiber tidak larut yang dapat membantu menyingkirkan lemak dari badan.
Kajian yang dibuat Bahagian Agrikultur Amerika Syarikat mendapati mereka yang mengamalkan 2 setengah cawan jus bluberi liar setiap hari selama 12 minggu berjaya mengurangkan paras gula dalam darah, mengurangkan stress dan menguatkan ingatan.
Mereka juga mendapati bahawa bluberi mengandungi anthocyanins, satu bahan kimia semula jadi yang dapat mengecutkan sel lemak serta merangsang perembesan adiponectin, sejenis hormon yang mengawal paras gula. Adiponectin yang tinggi dapat membantu memastikan kandungan gula dalam badan rendah serta meningkatkan tahap sensistif terhadap insulin.
4. Oat
Mereka yang mengamalkan oat mampu mengurangkan risiko penyakit kencing manis tahap dua. Oat mengandungi jumlah magnesium yang tinggi, yang dapat membantu tubuh badan anda menggunakan glukos serta mengeluarkan insulin dengan betul.
5. Ikan
Ikan adalah antara makanan yang sihat kerana mengandungi protein dan lemak yang dapat membantu mengurangkan keradangan. Berpuluh-puluh kajian yang dibuat menunjukkan mereka yang memakan ikan memiliki kandungan lemak Omega 3 yang tinggi di dalam badan dan mendapat kurang keradangan di seluruh badan. Keradangan yang dialami oleh badan boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang menghidapi penyakit kencing manis.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan manfaat daripada ikan, anda perlulahmemastikan bahawa ia dimasak dengan teknik bakar dan stim atau apa-apa cara masakan yang tidak berminyak.
6. Minyak Zaitun
Menurut kajian yang dibuat oleh penyelidik Sepanyol, mereka yang mengamalkan diet minyak zaitun menunjukkan pengurangan risiko penyakit kencing manis tahap 2 sebanyak 50 peratus berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah lemak.
Malah makanan yang menggunakan minyak zaitun memberi rasa yang lebih kenyang berbanding mereka yang menggunakan mentega, lemak haiwan ataupun minyak canola.
Selain itu, minyak zaitun juga kaya dengan anti-oksidan yang membantu melindungi sel daripada rosak dan mengurangkan risiko sakit jantung.
7. Sekam Psyllium
Ia merupakan sejenis suplimen fiber yang digunakan untuk merawat sembelit sebenarnya telah pun dibuktikan mampu membantu pesakit kencing manis untuk mengawal paras gula dalam darah. Menurut kajian yang dibuat oleh penyelidik di Universiti San Diego, mereka yang mengamalkan diet suplimen sekam psyllium mendapati paras gula dalam darah mereka 2 peratus lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkannya.
Bagaimanapun pakar menasihati mereka yang mengamalkan diet sekam psyllium supaya hanya mengambil ubat-ubatan selepas 4 jam, kerana sekam psyllium juga berfungsi untuk melambatkan penyerapan ubat-ubatan.
8. Kacang Kanelini
Kacang kalenini mengandungi protein dan serat yang mampu merendahkan kandungan kolestrol dalam badan, sekali gus mampu mengawal paras gula dalam badan dengan baik, terutamanya jika memakan kacang kenelini putih.
9. Bayam
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik di United Kingdom, mereka yang mengamalkan diet bayam hijau lebih daripada satu hidangan setiap hari menunjukkan pengurangan risiko mendapat penyakit kencing manis sebanyak 14 peratus.
Bayam hijau mengandungi nutrisi seperti Vitamin K, magnesium, folate, phoporus, pottasium dan zat besi.
10. Ubi Keledek
Analisis yang dibuat oleh makmal mendapati bahawa memakan ubi keledk mampu mengurangkan bacaan HbA1c diantara 0.30 dan 0.57 peratus.
Ubi keledk mempunyai anthocyanins, iaitu pigmen normal yang memberi warna oren pada ubi keledek. Antioksidan ini dipercayai dapat berfungsi sebagai anti-radang, anti-viral dan anti-mikrobial.
11. Walnut
Walnut mengandungi polyunsaturated fatty acid yang dikenali sebagai alpha-linolenic acid yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan. Nutrisi lain seperti L-arginine, omega-3s, vitamin E dan phytochemicals lain turut ditemui di dalam walnut yang dapat berfungsi sebagai anti-oksidan, anti-viral dan anti-kolestrol tinggi.
Ketiga-tiga fungsi ini mampu untuk membantu menghenti dan menterbalik perkembangan keadaan kronik dalam badan seperti kencing manis dan sakit jantung.
12. Quinoa
Quinoa mempunyai rasa seperti bijirin, namun ia mempunyai kaitan lebih dengan bayam berbanding dengan beras. Quinoa membekalkan protein lengkap bagi setiap 14 gram pengambilannya, dengan sembilan jenis amino asid yang diperlukan badan.
Salah satunya adalah lycine, yang mana membantu badan untuk menyerap semua kalsium dan menghasilkan carnitine, nutrisi yang membantu menukar asid lemak kepada tenaga dan merendahkan kolestrol.
Sumber : Reader Digest Asia
Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20%