Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengunjung 'Gila', Lontar Batu Pada Kangaroo Di Zoo Hingga Mati Hanya Kerana Mahu Lihat Haiwan Itu Melompat

21 Apr 2018

Seekor kangaroo dilaporkan mati manakala seekor lagi cedera di sebuah zoo di China selepas pelawat-pelawat yang hadir dipercayai telah melontar batu terhadap haiwan-haiwan tersebut kerana ingin melihat haiwan tersebut melompat.

Kezaliman pengunjung zoo tersebut mula mendapat perhatian orang ramai apabila dilaporkan oleh media tempatan, sekaligus mencetuskan kembali kebimbangan dunia mengenai layanan pihak pengurusan zoo di China terhadap haiwan.

Menurut laporan Haixia Metropolis News, seorang pekerja di Zoo Fuzhou itu memberitahu bahawa dia melihat sekurang-kurangnya seorang pengunjung telah berulang kali melontar batu terhadap kangaroo yang berusia 12 tahun itu, dalam kejadian yang berlaku Mac lalu. Kangaroo betina itu mengalami luka teruk di bahagian kaki serta luka dalaman sebelum mati beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku.


Manakala seekor lagi kangaroo jantan berusia 5 tahun juga dilaporkan mengalami kecederaan selepas dilaporkan seorang pengunjung telah melontar seketul bata kearahnya. Kangaroo muda itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan parah.

''Pengunjung melihat bahawa kangaroo itu sedang berehat, kemudian mereka mengambil batu dan melontarkan ke arah haiwan itu.

''Malah, apabila kami membuang semua batu yang berada berdekatan kandang kangaroo itu, mereka mencari batu di tempat lain pula,'' kata pekerja di zoo tersebut.

Pendedahan tersebut nyata mengundang kemarahan netizen terutamanya penduduk di negara Tembok Besar itu sendiri.

Pihak pengurusan zoo dalam pada itu memberitahu mereka kini sedang mengumpul dana untuk memasang kamera pengawasan berkualiti tinggi sebagai langkah pencegahan di masa depan. Malah, mereka memberitahu bahawa hanya tiga ekor kangaroo sahaja akan dipamerkan selepas ini bagi mengurangkan risiko terhadap haiwan tersebut.


Kejadian di Zoo Fuzhou ini bukanlah kali pertama berlaku di China. Tahun lalu, pengunjung safari dikejutkan dengan satu adegan mengerikan apabila pekerja di safari itu melepaskan seekor keldai untuk dimakan oleh singa sebagai tarikan untuk pelancong di Shanghai. Pada tahun 2016, orang awam mendesak agar  Guangzhou’s Grandview Aquarium ditutup kerana mereka mereka menganggap zoo tersebut sebagai zoo paling menyedihkan di dunia dengan fasiliti serta layanan teruk terhadap haiwan.

Aktivis hidupan liar di China menyifatkan bahawa ketiadaan undang-undang khas untuk menjaga kebajikan haiwan menjadi punca kepada kejadian ini berlaku.


Malah mereka terpaksa menjadikan tamadun dan moral dunia barat sebagai contoh dalam mendidik generasi muda di China mengenai kepentingan layanan baik terhadap haiwan.

''Untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak peduli, persepsi yang salah sudah terbentuk (di China) bahawa haiwan wujud untuk menjadi hiburan kepada manusia.

''Apabila haiwan-haiwan ini melakukan aksi menarik di zoo, mereka tidak kisah pun bagaimana realiti sebenarnya haiwan-haiwan mendapatkan kemahiran tersebut,'' kata aktivis.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "