Pada setiap bulan wanita akan melalui kitaran menstruasi dan telur yang dikeluarkan melalui ovari untuk proses yang dinamakan sebagai ovulasi.
Cyst ovari adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan bersifat benigna iaitu tumor yang tidak merbahaya.
Walaupun begitu, jika ia semakin membesar melebihi 5 sentimeter, ia boleh membelit ovari serta menyebabkan kesakitan yang agak teruk.
Perkongsian daripada Amalina Hasin mencertikan pengalamannya berhadapan dengan kesakitan yang tidak disangka sebesar 28 cm dengan berat 5kg. Amalina dalam perkongsiannya menasihati para wanita jika mengalami tanda yang tidak normal semoga segera mendapatkan rawatan. Mari ikuti perkongsiannya semoga memberi manfaat kepada kita semua.
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut. Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) - JANGAN TAKUT DOKTOR
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad 'Doktor, apa punca cyst ni boleh datang' Lepastu doktor kata 'Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian'. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
1. Normal cyst
2. Ovarian kanser
3. Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya. Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
**
Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu ?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) - sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) - mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 - ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan. Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !

Gambar Hiasan |

Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadammakan herba untuk cyst ini 5 biji pagi 5 biji malam. konsisten 3 bulan. ada banyak testimoni cyst yang kecut dan hilang. cuba amalkan penawar cyst ini ye
BalasPadam