Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Race Apa Macam Ni Woi," Pelik, Hanya Jack Miller Di Petak Hadapan, Ini Penjelasan Kenapa Semua Pelumba Diarah Ke Petak Belakang

9 Apr 2018


9 April - Awal pagi tadi, telah berlangsung perlumbaan kedua MotoGP bagi musim 2018 yang berlangsung di Litar Autódromo Termas de Río Hondo, Argentina.

Perlumbaan kedua ini menyaksikan Cal Crutchlow dari pasukan LCR Honda muncul sebagai juara. Manakala, Johan Zarco dari pasukan Yamaha Tech3 kedua dan Alex Rins dari pasukan Team Suzuki ECStar melengkap podium di Argentina.

Wira kebanggaan Malaysia, Hafizh Syahrin juga menunjukkan prestasi yang luar biasa apabila beliau yang bermula di petak ke 23 berjaya menamatkan saingan di tempat ke sembilan mendahului pelumba ternama seperti Valentino Rossi dan Marc Marquez.

Jika anda menonton perlumbaan pagi tadi dari Warm Up Lap sehingga tamat, anda pasti pelik kenapa semua pelumba lain bermula jauh dipetak-petak belakang kecuali Jack Miller yang bermula di petak paling hadapan.

Laman Facebook Kami Minat Grand Prix dalam entri terbaru mereka telah menjelaskan dengan fakta peraturan MotoGP yang telah ditetapkan. Jom ikuti perkongsian mereka.

Race apa mcm ni woii. Syok depa kata pagi td..tp abam lg syok..tgh bermimpi..tertidur pulak.

update: Kenapa start race mcm ni

1. race declared wet. semua pakai tayar basah kecuali pole sitter, jack miller pakai medium slick

2. rave nak commence dlm 3 minit mcm tu, hafizh shahrin & sapa lagi sorang decide nak pakai tayar kering. depa tolak motor masuk pit. pastu geng2 belakang follow tolak moto masuk pit. bila rider kat grid nampak sebahagian masuk, depa pun seme sorong moto masuk pit. tinggal jack sorang je kat grid.

3. ikut pada rules quick restart, mana2 rider yg masuk pit masa starting procedure kena start paling belakang dlm grid formation. masalahnya sekarang, secara teknikal semua org start paling belakang kecuali jack miller.

4. parlimen buat sidang tergempar. depa mula2 nak suh jack join rider lain masuk pit, tp jack xnak sbb x adil bagi dia. so keputusan akhir semua rider susun sama mcm asal, tp rider ke dua kena belakang 3 row dari jack, sbb nak bg advantage kat jack sbb dia pilih the right tire at first.

5. masa formation lepas warmup lap, marquez stalled his engine. dia tolak kat grid, hidup. marshall suruh start dari pit, dia patah balik start kat belakang causing 1st ride through penalty.

6. dia langgar aleix, forfeit 1 position.

7. marquez langgar rossi. 2nd ride through penalty. sbb keputusan lepas abis race, result dia jadi delayed 30s. ended in 18t 



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "