Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif Meninggal Dunia

4 Apr 2018

4 April - Pengasa Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abd Latiff disahkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan melalui laman rasmi Facebook Habib Jewels yang dimuatnaik beberapa jam yang lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun dan merupakan pengasas barang kemas Habib Jewels sejak 5 dekad yang lalu.

Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Allahyarham mempunyai lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit. Allahyarham ketika hayatnya aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti Pulau Pinang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Saudagar Emas serta Pengurup Wang Pulau Pinang.

Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan anugerah ‘Tokoh Maal Hijrah” daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "