Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jururawat Mangsa Video Tular Di Hospital Langkawi Dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Buat Laporan Polis

1 Apr 2018
3 ulasan

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang melempar pelbagai tomahan terhadap staf perubatan Hospital Langkawi kerana mendakwa hospital tersebut memberi layanan kurang memuaskan terhadap isterinya yang datang ke hospital tersebut untuk memeriksa kandungannya.

Berikutan tindakan lelaki tersebut yang berkongsi rakaman itu, pelbagai tomahan telah dilemparkan oleh netizen terhadap staf tersebut setelah ia dikongsi oleh orang ramai ke beberapa kumpulan facebook yang lain.

Tindakan tidak bertanggungjawab lelaki tersebut menerima respon daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melalui Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato' Norhizan Ismail telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai insiden tersebut.

Beliau turut memberitahu bahawa satu laporan polis turut dibuat terhadap lelaki tersebut kerana telah membuat rakaman tanpa kebenaran di kawasan larangan.

Ujarnya lagi, pihak JKN Kedah memandang serius tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki tersebut dan melancarkan satu siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang berlaku. Menurut kejadian, lelaki tersebut bersama-sama dengan isterinya yang hamil 37 minggu hadir ke Hospital Langkawi pada pukul 2.20 pagi pada 31 Mac untuk membuat pemeriksaan kerana mendakwa mengalami kesakitan seperti ingin bersalin.

Jururawat yang bertugas pada malam tersebut kemudiannya telah memeriksa wanita tersebut termasuk menjalankan beberapa siri ujian antaranya ujian air kencing dan cardiotocography (CTG) dan mendapati bahawa ia bukan kes kecemasan. Bagaimanapun, wanita tersebut turut perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan atas beberapa faktor.

Namun begitu, Pegawai Perubatan dan Pakar Pebidanan dan Sakit Puan yang bertugas pada waktu tersebut secara atas panggilan (on-call) ketika itu berada di Dewan Pembedahan kerana mengendalikan satu kes kecemasan membabitkan kesn ibu bersalin yang mengalami pertumpahan darah dan memerlukan pembedahan segera dan hanya selesan pada pukul 4.52 pagi.

Beliau pada masa yang sama turut menggesa waris dan pesakit yang hadir untuk menerima rawatan agar memahami sistem tugasan pakar yang diamalkan di hospital yang bertugas selepas waktu pejabat. Ujarnya, sistem tersebut sudah diamalkan sejak sekian lama sama ada di hospital pakar atau sebaliknya dan seperti perkhidmatan yang lain, pihaknya turut memberi keutamaan kepada kes kecemasan terlebih dahulu.

Dato' Norhizan Ismail juga memuji staf perubatan yang menjadi mangsa dalam rakaman yang tular tesebut yang disifatkannya cekap dan tenang dalam mengendalikan situasi sedemikian. Walau bagaimanapun, tindakan lelaki itu yang memarahi dan mengasari jururawat tersebut secara lisan selain merakam kejadian tersebut diakui akan memberi kesan negatif kepada petugas kesihatan yang telah mengerah keringat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Oleh itu beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan mengambil gambar atau video di premis Kementerian Kesihatan tanpa kebenaran adalah dilarang. Larangan ini juga termasuk kepada tindakan terhadap anggota kesihatan, samada kekerasan fizikal, lisan atau bertulis termasuk di media sosial. Pihaknya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut di bawah Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berkaitan dengan video yang tular itu, selain JKN Kedah, staf perubatan yang terlibat dalam insiden tersebut turut membuat laporan polis pada 31 Mac yang lalu. Katanya, pihak JKN Kedah akan berhubung lanjut dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri dan Balai Polis Padang Matsirat, Langkawi dan berharap lelaki tersebut dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya bagi melindungi penjawat awam daripada dikasari.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "