Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hati-hati Garam Tersembunyi", Bongkar Rahsia Perut 'Flat', Pinggang 'Curvy' Persis Model Terkenal

22 Apr 2018

Nak tanya ni, sis berapa kilogram (kg) dah turun sebaik sahaja berazam tahun baru hari tu? Kalau belum nampak hasilnya, marilah kita bersama-sama muhasabah diri supaya azam tahun ini tercapai.  Masih belum terlambat sis.

Lepas dah banyak sangat orang ramai berkongsi panduan diet serta beberapa menu diet di laman media, artikel kali ini kami kongsi pula beberapa maklumat tentang nutrisi makanan serta sedikit pantang-larang kalau nak mula jaga makan.  Maksudnya, sis-sis dan bro-bro sekalian masih boleh makan tapi harus peka dengan kandungan makanan yang diambil.

Dah sedia? Mari kita mulakan.

Dibawah ini kami kongsikan tip dari model yang kesemuanya memiliki perut rata dan langsing. Kebanyakannya mengamalkan cara pemakanan ini.

Hati-Hati Garam Tersembunyi


Bahan seperti garam adalah bahan yang sentiasa terdapat di dalam makanan terutama makanan segera dan berproses. Anda kerap mengelak mengambil makanan segera dan berproses tetapi anda tidak mungkin dapat mengelak garam apabila makan di luar, makan di rumah teman atau kuantiti garam di dalam makanan kegemaran anda.

Tahukah anda bahawa garam banyak 'bersembunyi' di dalam makanan yang anda tidak jangka? Oleh itu, berhati-hati apabila mengambil roti, keju, mentega kacang, segala jenis sos, bijirin dan soda diet.

Ambil sumber potasium gabungan sumber probiotik


Bukan saja mudah tetapi juga 'yummy'. Sumber potasium seperti yang terkandung di dalam buah pisang, tembikai susu dan mangga boleh dijadikan snek dan sarapan terbaik. Ia lebih bermanfaat apabila 'dipadankan' dengan makanan tinggi probiotik seperti yogurt. Yogurt membantu mencerna sistem usus dan mengelak perut buncit.

Pilih hidangan diuretik semula jadi


Hidangan berunsur diuretik melancarkan urin dengan baik dan mengimbangi garam tersembunyi (penyebab buncit). Antara makanan yang baik adalah memasukkan asparagus di dalam telur dadar, makan ulaman, memasukkan beberapa kepingan nenas di dalam hidangan stik sebagai makan malam dan memilih tembikai dan anggur sebagai snek.

Awasi Makanan Hujung Minggu


Hujung minggu boleh dikatakan hari 'tipu perut'. Memandangkan hanya terdapat dua hari cuti dalam seminggu, ramai wanita mula melepaskan diri dengan memakan makanan yang ditunggu-tunggu sebelum mula kembali menjaga perut pada esok harinya. Makan bersama teman dan berjalan-jalan membuatkan anda banyak mengambil makanan segera.

Ingat, membuat satu perubahan kecil akan menghasilkan perbezaan yang pada awalnya tidak anda perasan tetapi kelihatan lebih ketara jika anda berterusan 'menipu perut'.

Jika anda berjaya mengikut panduan di atas, anda mungkin sudah boleh kelihatan seperti model kegemaran anda... Kendall Jenner atau Adriana Lima?


Sumber: Karangkraf
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)co
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "