Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hampir 20 Produk Marjerin Di Hong Kong Mengundang Kanser, Selamatkah Produk Marjerin Di Malaysia Pula? - KKM

22 Apr 2018
Kecoh baru-baru ini apabila Majlis Konsumer Hong Kong telah menguji 30 jenama mentega, marjerin dan minyak sayur-sayuran dan mendapati bahawa kebanyakkan daripada jenama yang berada dipasaran tidak mengeluarkan fakta nutrisi lengkap pada label.

Daripada analisis yang dijalankan itu, organisasi tersebut telah mendedahkan sebayak 18 jenama marjerin mengandungi bahan karsinogenik yang dikenali sebagai glycidol (epoxypropanol) yang boleh mengundang penyakit membunuh iaitu, kanser.

Hal ini telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak KKM telah mengeluarkan kenyataan berserta penjelasan keatas beberapa produk marjerin di Malaysia apakah ianya selamat digunakan.  Mari kita baca penjelasan daripada KKM seperti dibawah agar selepas ini kita jadi rakyat Malaysia yang prihatin dan senantiasa mementingkan kesihatan dalam pengambilan makanan seharian.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan portal dalam talian bertajuk “Shocking analysis reveals a causing substances in these brands of margarine” melalui pautan https://www.worldofbuzz.com/shocking-analysis-reveals-cancer-causing-substances-in-these-18-brands-of-butter/ pada 16 April 2018. Akhbar tersebut melaporkan pihak Hong Kong Consumer Council mendapati 18 jenama marjerin di pasaran Hong Kong mengandungi glycidol (epoxy propanol) dan 16 jenama marjerin pula dikesan mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser.


KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan kandungan glycidyl esters (GE) dan 3-MCPD esters ke atas beberapa produk marjerin di Malaysia. Hasil pemantauan mendapati kadar pendedahan pengguna di Malaysia terhadap GE dan 3-MCPD esters melalui pengambilan marjerin adalah rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat saintifik yang jelas mengenai peratus kandungan GE dalam makanan yang boleh bertukar kepada glycidol di dalam usus. Glycidol merupakan bahan yang terhasil dari penguraian GE di dalam usus. GE adalah sejenis bahan cemar yang dikesan dalam semua jenis minyak dan lemak sayuran yang terhasil semasa proses penapisan pada suhu tinggi yang melebihi 240°C.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 APRIL 2018

Siakapkeli.my

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)co
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "