Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) "Wajahnya Tersenyum," Ribuan Penduduk Palestin Iringi Jenazah Imam Fadi Ketika Hendak Dikebumikan Di Gaza

27 Apr 2018
Dawoud Abo El Kas Photography

Umum sudahpun sedia maklum dengan insiden Imam warga Palestin yang maut ditembak baru-baru ini. Berikutan kejadian tersebut, keluarga Allahyarham Imam Fadi yang berada di Palestin telah memutuskan untuk mengebumikan jenazahnya di tanah kelahirannya di Gaza.

Melalui satu kemas kini di laman Aqsa Syarif, mereka telah memaklumkan bahawa jenazah Imam Fadi telahpun selamat dikebumikan di kampungnya di Jabalia, di Gaza selepas Magrib mengikut waktu tempatan. Ribuan penduduk di Gaza dilaporkan turut menghadiri pengebumian jenazah Imam Fadi.

Dawoud Abo El Kas Photography

Jenazah Imam Fadi yang diterbangkan dari Malaysia ke Mesir dan masuk melalui pintu sempadan Rafah, diiringi oleh isteri dan tiga orang anaknya. Ketiga-tiga anaknya, Doaa, Aseel, dan Muhammad turut bertemu dengan keluarga ayahnya di Palestin buat kali pertama.

Pihak Aqsa Syarif melalui kemas kini yang sama turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di atas doa dan bantuan yang dihulurkan dalam memudahkan urusan pengebumian Imam Fadi.



Insiden yang melibatkan Imam Fadi mencetuskan kemarahan umat Islam apatah lagi pembunuhannya dikaitkan dengan agensi perisikkan Israel, yang sudah sekian lama bermusuhan dengan negara Palestin.

Imam Fadi ataupun Dr Fadi M R Albatsh yang merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) maut ditembak oleh dua individu tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke surau berdekatan tempat tinggalnya untuk menunaikan solat Subuh pada Sabtu.

Sumber : Aqsa Syarif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  3. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "