Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Katanya Nak Selamatkan Kucing Jalanan," Pencinta Haiwan Berang, Warga Vietnam Tangkap, Jual Dan Makan Kucing Di Malaysia

3 Apr 2018

3 April - Aktiviti pemerdagangan haiwan yang terlarang mungkin banyak yang berlaku di negara ini. haiwan seperti tenggiling, landak dan sebagainya.

Namun, sangat pelik apabila berlaku di Malaysia, aktiviti pemerdagangan kucing. Perkara ini jelas menyentuh sensitiviti di negara ini kerana haiwan seperti kucing adalah tidak patut sama sekali untuk didagangkan.

Kes inilah yang berlaku baru-baru ini, apabila Persatuan Haiwan Malaysia dikejutkan dengan aktiviti itu yang dilakukan oleh warga asing di Selangor. Menurut Animal Malaysia, aktiviti terlarang ini juga dilakukan oleh pendatang asing dari Vietnam di satu premis yang disembunyikan.

Berikut adalah kenyataan rasmi Animal Malaysia mengenai kes tersebut.


Berikutan terbongkarnya aktiviti penjualan daging anjing gelandangan di Johor, Malaysia oleh warga asing dari Vietnam tempohari. Animal Malaysia dikejutkan lagi dengan maklumat aktiviti perdagangan daging kucing dalam pasaran gelap oleh warga asing di Selangor.

Aktiviti ini turut dilakukan oleh pendatang asing warga Vietnam di satu premis yang disembunyikan. Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.

Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku.

Menyedihkan apabila tiada undang-undang khusus menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia. 




Menurut undang-undang sedia ada, kesalahan mematikan kucing dan anjing digunapakai sekiranya kematian haiwan bulus tersebut dilakukan secara zalim tanpa penyembelihan mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini.

Gambar ini adalah gambaran kesan yang berlaku di negara ini akibat sikap dan kebiasaan pemakanan pendatang asing di negara asal mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

    waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

    Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

    Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

    Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "