Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Nenek 76 Tahun Sanggup Berjalan Sejauh 24 Kilometer Sehari Untuk Menghantar Cucunya Yang Lumpuh Ke Sekolah

24 Jan 2018

Seorang wanita bergelar nenek di China terpaksa berjalan dan menolak kerusi roda sejauh 24 kilometer setiap sehari untuk membawa cucunya yang lumpuh ke sekolah.

Menerusi laporan media, Shi Yuying, 76, mengerah tulang empat keratnya berulang alik dengan menolak kerusi roda yang dinaiki Jiang Haowen, 9 tahun daripada rumah ke sekolah cucunya setiap hari tanpa lelah.

Menurut neneknya lagi, pergerakan Haowen terbatas kerana dia telah disahkan menghidapi Cerebral Palsy (kecederaan otak) sejak berusia 2 tahun dan memerlukan penjagaan yang rapi sepenuh masa.  Walaupun telah dibawa berubat ke beberapa bandar berdekatan, namun, keadaan Haowen masih sama dan tidak banyak berubah.





Kedua ibu dan bapa Haowen sudah bercerai sejak dia berusia 4 tahun, namun ayahnya masih membantu mereka berdua walaupun bekerja di bandar berlainan, ibunya pula telah berkahwin lain.

"Selagi saya masih mempunyai kekuatan, saya akan meneruskan (menolak cucunya kesekolah)," katanya kepada wartawan tempatan ketika ditemubual.

Sebelum ini, Shi hanya menggunakan basikal untuk menolak Haowen, namun pada Julai tahun lalu, pihak berkuasa tempatan telah menyumbangkan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan perjalanan mereka.

Sejak daripada itu, dia menggunakan kerusi roda tersebut untuk menghantar Haowen ke sekolah tanpa mengira hujan atau panas selama empat tahun kebelakangan ini.


Shi juga memberitahu media bahawa dia perlu membawa cucunya ke sekolah empat kali sehari iaitu pada waktu pagi dan tengahari sebelum menjemputnya pula pada waktu tengahari dan petang.

Walaubagaimanapun, Shi berkata bahawa dia gembira menggalas tanggungjawab tersebut dan dia tahu Haowen merupakan seorang anak yang pintar walaupun tidak dapat bergerak bebas seperti kanak-kanak yang lain.

Katanya lagi, dia juga sedang mencari sekolah yang lebih bagus untuk kanak-kanak kurang upaya seperti Haowen dan berharap agar berpeluang menghantar cucunya itu ke sana suatu hari nanti.

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "