Menurut kajian, terdapat lebih 300 kes melibatkan penggunaan buaian
daripada tahun 2009-2012 dan 2 daripadanya meragut nyawa bayi. Kejadian ini dipanggil Sudden Infant Death
Syndrome (SIDS) atau kematian ‘kot’ iaitu kematian yang tidak dapat dijelaskan
berlaku kepada bayi berumur 1 tahun dan kebawah.
Justeru itu, tajuk artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan
penjaga atau pengasuh sepenuhnya kerana kenyataan diatas sudah memberi penjelasan
bahawa punca kematian seperti ini masih diteliti. Tajuk yang betul seharusnya adalah “Bayi Mati
Dalam Buai Disebabkan ‘Sudden Infant Death Syndrome’.”
Oleh yang demikian, meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pengasuh
adalah tidak adil kerana salah satu punca berlakunya SIDS adalah disebabkan
posisi tidur bayi secara mengiring atau meniarap yang boleh mengganggu
pernafasan bayi. Mungkin apa yang boleh
dilakukan adalah sentiasa memantau pergerakannya semasa tidur terutama sekali
jika bayi tersebut tidur mengiring.
Oleh itu, dengan hanya membaca tajuk atau mendengar daripada mulut orang
lain tanpa membuat kajian serta pengesahan daripada pakar adalah tindakan yang
tidak patut. Penyebaran maklumat seperti
ini tanpa kita sedar telah menyakiti pihak yang tidak sepatutnya. Perbuatan ini sama seperti menfitnah dan umum
tahu, kesan fitnah ini terlalu besar sehingga boleh mendatangkan kesan negatif
kepada masyarakat apatalah lagi pada zaman teknologi yang segalanya hanya
dihujung jari.
Menurut Kajian Pengguna Internet tahun 2017, 76.9% penduduk Malaysia
merupakan pengguna internet dan daripada jumlah tersebut, 89.4% pengguna
mengakses internet melalui telefon pintar.
Sehubungan dengan itu, TM telah melancarkan kempen Cegah
#FITNET bertujuan mencegah fitnah di internet terutamanya melalui medium
‘digital’ sekaligus mendidik masyarakat untuk mengamalkan etika penggunaan
internet dengan baik.
Internet
adalah sumber maklumat yang luas dan pantas, oleh itu, tanggungjawab kita sebagai
masyarakat yang bijak adalah menggunakan maklumat tersebut dengan cara yang
betul serta meningkatkan kesedaran dengan memeriksa terlebih dahulu sebelum
menyebarkannya.
Marilah kita jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan hentikan penyebaran
maklumat palsu yang mampu mengakibatkan kekeliruan
serta keresahan rakyat seterusnya menggugat keyakinan, perpaduan, kesejahteraan
dan keselamatan negara.
Semak Sebelum Sebar! Cegah Fitnah Internet #FITNET
Maklumat lanjut di cegahfitnet.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar..