Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apa Itu Spectrum Allergy? Ada Yang Bersin Biasa Dan Ada Yang Membawa Maut, Doktor Pesan Alahan Ini Bukan Perkara Main-Main

26 Apr 2018

Anda mungkin kenal ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang alah pada makanan tertentu. Ada yang alah dengan makanan laut, ada yang langsung tak boleh sentuh daging merah dan ada juga alah dengan makanan yang mengandungi belacan. Ada juga orang yang alahan dia bukan pada makanan pun, habuk dan sengatan haiwan berbisa misalnya.

Kalau anda nak tahu, alahan ini memberi kesan yang berbeza kepada mereka yang mengalaminya. Ada yang setakat bersin biasa, namun pernah terjadi kes alahan hingga membawa maut. Jadi mudahnya, alahan ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Nur Ilyani Bujang ini mengenai spectrum allergy ini. Jom ikuti perkongsiannya di bawah supaya anda lebih sedar mengenai ancaman alahan dan kenapa anda disarankan tidak melakukan jenaka terhadap mereka yang mengalami alahan. Semoga bermanfaat.

Spektrum allergy ni ada macam macam. Ada yang setakat sikit sikit aja. Bersin, batuk, merah merah kulit, gatal mata, eczema.

Ada yang agak teruk hingga susah nak nafas, mata bengkak sampai tak boleh buka.

Ada yang allergy boleh membawa maut. Keadaan ini dipanggil anaphylactic shock.

Ada beberapa pesakit yang saya pernah jaga di ICU yang mengalami anaphylactic shock. Ada yang disebabkan kekacang, telur ikan, sengat binatang, buah strawberry dan telur.

Mereka datang dalam keadaan nyawa nyawa ikan.

Bengkak sebadan, tekanan darah rendah, tidak boleh bernafas hinggakan saya terpaksa bius koma untuk memasukkan tiub bantuan pernafasan dan membantu pernafasan menggunakan mesin ventilator. 

Tekanan darah yang rendah juga perlu dirawat dengan segera. Saya juga ada sahabat yang meninggal kerana anaphylaxis akibat sengatan lebah.

Jadi, bila orang kata, dia allergic pada sesuatu, kita jangan la memperlekehkan orang itu. Hormat sikit. Jangan la cabar mencabar atau makin kita sua suakan pada individu itu benda yang dia allergic. Reaksi setiap orang itu berbeza.

Dan kalau kita allergic pada sesuatu, jangan pula kata orang lain turut perlu pantang sama sama dengan kita.

Milo memang manis, banyak kandungan gulanya. Tapi bukan bermakna bila kita allergik milo, orang lain pun kena pantang milo juga.

Berpada pada dalam bab makanan. Itu pokok pangkalnya.

Dr Nur Ilyani Bujang

Saya allergic belacan, anak saya allergic santan. Mak saya allergic panadol.

So what? Hidup mesti diteruskan.

Sumber : Dr Nur Ilyani Bujang
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "