Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Menangis Kegembiraan, Segalanya Terjawab, Ramesh Akhirnya Berjaya Temui Pak Cik Yang Difitnah Ketika Berada Dalam LRT

8 Mac 2018
3 ulasan

Beberapa minggu lalu tular sebuah video pendek yang mendakwa seorang warga emas yang memakai jubah dan kelihatan warak kononnya meraba seorang wanita yang sedang tidur di sebelahnya di dalam LRT.

Video itu tular meluas di mana rata-rata mengkritik dan ada memaki pak cik berkenaan, namun segalanya terjawab apabila ramai saksi yang ada ditempat kejadian tampil membetulkan keadaan di mana mereka menyatakan pak cik itu sebenarnya bukan cuba meraba tetapi dia cuba menarik jubahnya yang ditindih oleh wanita disebelahnya itu.

Ternyata fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya tidak berjaya sekali gus memberi tamparan hebat kepada mereka yang mengutuk dan memakinya sebelum ini kerana tuduhan terhadapnya itu adalah tidak terjadi sama sekali.

Antara saksi yang tampil membetulkan keadaan dan menceritakan kejadian sebenar adalah saudara Ramesh De Ram atau nama sebenarnya Karl Jeffrey Ramesh, dia ternyata amat kecewa dengan fitnah yang dilemparkan kepada pak cik berkenaan.

BACA: "Hentikan Fitnah Ini, Pak Cik Tu Nak Tarik Jubah Je," Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar Kejadian Dalam MRT, Nafi Pak Cik Itu Cuba Untuk Meraba

Ramesh hari ini telah menjalankan satu misi ia itu menjejaki Pak Cik berkenaan dari Klang ke Sri Petaling untuk mendapatkan jawapan dari pak cik itu sendiri, beliau telah melakukan video live ketika misi mencari pak cik berkenaan.

Setelah hampir 5 jam cuba menjejaki, akhirnya beliau berjaya menemui pak cik Abu Masjid Sri Petaling dan dibawa bertemud engan pak cik Abu yang berada di dalam Masjid.

Beliau telah bertanyakan kepada warga emas itu tentang kejadian, adakah betul dia cuba meraba.

“Saya tak perasan, itu semua fitnah,” jelas pak cik Abu yang cuba meneliti pertanyaan Ramesh.

Pak Cik Abu menyatakan dia tidak mahu membesarkan perkara itu dan katanya semuanya telah selesai di mana satu laporan polis telah dibuat.

BACA: "Dia Kini Habiskan Hidupnya Berkhidmat Di Masjid Dan Berdakwah," Ustaz Ebit Lew Dedah Siapakah Gerangan Pakcik Ini, Orang Hebat Rupanya


Selepas bertemu dengan Pak Cik Abu, Ramesh dilihat tidak dapat menahan sebak dia menitiskan air mata kegembiraan di mana katanya pertemuan singkat itu amat bermakna dan segalanya terjawab.

“Saya akhirnya dapat bersemuka dengan pakcik yang dikecam hebat netizen kerana kejadian dalam LRT tu.  Saya lega dapat jawapan daripada dia.

“Dia nampak uzur, ada masalah kesihatan, selain penglihatannya agak kabur. Pergerakannya juga terhad kerana faktor usia dan sebab itulah di dalam video yang tular itu menunjukkan tangannya bergerak agak perlahan-lahan, bukannya mahu meraba,” katanya. - Siakapkeli.my


Video Penuh

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "