Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Bumbung Bergegar, Ingatkan Angin, Tiba-Tiba Orang Jerit Suruh Selamatkan Diri," 3 Pendaki Kongsi Detik Cemas Gempa Di Laban Rata

9 Mac 2018


9 Mac - “Panik, cemas, takut dan macam-macam lagi bermain dalam fikiran sebaik gegaran pertama akibat gempa bumi.

“Saya dan rakan tidak henti-henti berdoa agar semuanya kembali tenang,”
kata Nur Nadia Fariha Madon Mashaid, 24, menceritakan detik selepas gempa bumi bermagnitud 5.2 berpusat di Ranau, 9.06 malam tadi.

Nur Nadia Fariha yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu berkata, ia adalah pengalaman sulung berdepan detik cemas seperti itu, lapor Harian Metro

“Ibu sempat hubungi ketika berada di kawasan lapang Laban Rata untuk bertanya keadaan saya. Syukur, semuanya selamat,” katanya ketika ditemui di Pondok Timpohon di Taman Kinabalu selepas dibawa turun dari Laban Rata, hari ini.

Nur Nadia ialah antara 130 pendaki dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan tiba secara berperingkat di Pondok Timpohon dari 1.30 hingga 4.30 pagi tadi.

Rakannya, Maslina Romli, 29, berkata, beliau terbayang tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu tiga tahun lalu.


“Pada mulanya, bumbung (bangunan penginapan) bergegar. Saya ingatkan angin kuat tetapi selepas itu, katil turut bergegar sebelum pekikan meminta penghuni di bangunan penginapan keluar menyelamatkan diri kerana gempa bumi.

“Saya terus berlari keluar bersama dua rakan ke kawasan lapang berhampiran penginapan,” katanya yang berasal dari Perlis.

Ketika kejadian, Maslina berkata, beliau sedang berehat bersama Nur Nadia dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Devagi, 26, di penginapan Laban Rata.

“Sebaik diminta keluar dari bangunan penginapan, kami mengambil peralatan penting lalu keluar ke kawasan lapang. Ketika itu, beberapa gegaran dapat dirasai, selain terdengar dentuman kuat dipercayai runtuhan batu,” katanya.

Sementara itu, Devagi berkata, walaupun kecewa tidak dapat mendaki hingga ke puncak gunung, beliau bersyukur selamat tiba di Pondok Timpohon.

“Kami bertiga bersemangat mendaki Gunung Kinabalu. Ini pertama kali saya bersama rakan mendakinya. Walaupun sedih tidak sampai ke puncak, keselamatan lebih penting,” katanya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "