Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 200 Bar Emas Dan Perak Bernilai USD378 Juta Jatuh Dari Langit Sebaik Pesawat Terbang

16 Mac 2018

Salah satu kawasan paling sejuk di dunia menyaksikan hujan emas dan perak pada hari Khamis lalu.

Pesawat yang membawa 9.3 tan logam emas dan perak itu hilang sebahagian daripada kargonya setelah berlepas dari Lapangan Terbang Yakutsk di Siberia, dan menjatuhkan barangan berharga itu di atas landasan ketika ia terbang semakin tinggi. Bar emas jatuh dari pesawat kargo Nimbus Airlines Antonov AN-12 dan mendarat sejauh 16 batu dari lapangan terbang, menurut Times Siberia .

Pesawat itu telah berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang apabila pintu kargonya terbuka. Kira-kira 200 bar doré - aloi separa tulen emas dan perak dengan berat 20kg setiap satu telah jatuh semasa kejadian.

Pesawat yang menuju ke bandar Karasnoyarsk di Siberia dikatakan berpatah balik ke lapangan terbang terbabit dengan kehadiran polis untuk menutup kawasan itu bagi mengutip jatuhan harta karun tersebut.  Video dibawah menunjukkan jatuhan satu pertiga bar emas dan perak daripada ruangan kargo pesawat tersebut.


Kargo itu dikatakan milik sebuah syarikat swasta, Kinross Gold Corp. berpengkalan di Anadyr, Rusia yang menjalankan perniagaan perlombongan emas dan perak.

Stanislav Borodyuk, wakil Kinross, mengesahkan bahawa bar doré telah dikumpulkan dan selamat disimpan.

"Peninjauan dalaman sedang dijalankan dengan syarikat pengangkutan, saya tidak akan menolak kemungkinan bahawa, minimum, syarat yang lebih ketat akan diperkenalkan untuk pengangkutan kargo."


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "