"Tiga Calon SPM Peroleh 11A+," Capai Gred Purata Negeri Yang Disasarkan, Terengganu Antara Negeri Terbaik Setakat Ini
15 Mac -Seperti semua sedia maklum hari ini adalah tarikh keramat bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan hari ini adalah hari keputusan SPM dikeluarkan.
Negeri Terengganu sekali lagi membuktikan bahawa mereka antara negeri yang melahirkan calon-calon lepasan SPM yang berkualiti apabila negeri itu berjaya mencapai Gred Purata Negeri 4.9.
Seramai 278 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu, lapor Kosmo
Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ia termasuk tiga calon yang memperolehi A+ bagi semua mata pelajaran.
"Tiga pelajar terbaik itu ialah Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik) yang masing-masinf memperolehu 11A+.
"Seorang lagi calon iaitu Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus pula memperolehi 9A+," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu di sini hari ini.
Shafruddin berkata, keputusan SPM 2017 Terengganu juga mencapai Gred Purata Negeri 4.9 berbanding Gred Purata Kebangsaan 4.97.
Beliau berkata, 88.50 peratus iaitu 16, 195 daripada 20,525 calon SPM negeri itu lulus penuh peperiksaan itu dan layak memperolehi sijil.
"Ia menyamai pencapaian terbaik yang pernah dicapai Terengganu dalam peperiksaan SPM," katanya. - Siakapkeli.my
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadamKontak bbm 5ee80afe
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877