Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tangan Pijar Dan Berbau Hanyir? Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Menghilangkannya Dengan Menggunakan Bahan Ini Sahaja

8 Mac 2018
No Comment

Rasa pijar pada tangan kebiasaannya akan terjadi apabila kita menumbuk, memegang atau memotong cili yang sesetengah jenis darinya akan meninggalkan rasa pijar yang kuat dan membuatkan kita menjadi tidak selesa.

Meskipun kita telah membasuh tangan berkali-kali, rasa pijar tidak akan hilang dengan mudah begitu juga dengan bau hanyir yang melekat pada tangan selepas selesai menyiang ikan atau ayam.

Sebenarnya, terdapat banyak petua yang dikatakan boleh menghilangkan rasa pijar atau bau hanyir yang melekat pada tangan. Namun, petua yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini agak lain daripada yang lain.

Mari kita lihat perkongsian tips mudah yang hanya menggunakan ubat gigi dan garam sebagai bahan utama. Semoga bermanfaat!


Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar Pada Tangan

Pernah tak masa tengah siang ikan/bersihkan ayam, kebetulan ada tetamu datang.. Walaupun dah basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir.

Kadang² saya tengah siang ikan, time tu lah anak nak susu bagai.. Tak pun tengah menggunting cili kering, anak poo² pulak.. Kalau setakat pegang cili sikit², bolehlah lumur minyak pada tangan sebelum pegang cili. Tapi kalau dah banyak cilinya, tangan tetap terasa pijar. Kalau terkena mata pun dah terasa azabnya, ni kan pula nak sentuh anak kecik. Sebelum ni saya lumur garam je pada tangan untuk hilangkan hanyir & pijar. Tapi kena buat beberapa kali untuk pastikan bau hanyir/rasa pijar tu hilang.

Bagi yang ada anak kecik, pasti pernah alami masalah macam saya ni.. Hari ni saya nak share petua dapur untuk cepat hilangkan bau hanyir & juga rasa pijar. Kalau kat rumah ada ubat gigi yang dah tinggal sikit/dah nak habis tu, jom buat cara ni. Cuma perlukan 2 bahan je..


Bahan-bahan:

Ubat gigi
Garam

Cara-Cara:

1. Gunting tub ubat gigi, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas (sebaik²nya bekas bertutup supaya ubat gigi tak kering).

2. Tambahkan garam sehingga adunan menjadi seperti scrub. Kacau sebati. Siap!

Bila nak guna, hanya lumur bancuhan ubat gigi+garam ni. Gosok tapak tangan & biarkan seketika. Ia juga berkesan menanggalkan warna kunyit/pewarna makanan pada tapak tangan (utk hilangkan warna perlu lumur, gosok & basuh beberapa kali)

Nota Kaki
*biasa saya guna ubat gigi biasa je, ni kebetulan ada baki ubat gigi kayu sugi 😂
*jangan gunakan ubat gigi jenis gel (kurang berkesan)
*kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian. Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat/minyak/vaseline/vicks/losyen/toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.

Sumber- Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "