Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Salah Ke Jadi Suri Rumah," Wanita Ini Terkesan Bila Netizen Anggap Isteri Tak Bekerja Punca Berlaku Sebuah Penceraian

3 Mac 2018
Gambar Hiasan
 3 Mac - Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang pemuzik bebas yang baru sahaja menikahi seorang pelakon sebagai isteri kedua telah menceraikan isteri pertama.

Namun, dalam kekecohan yang melanda, ada sesetengah netizen mendakwa isteri pertama itu tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa menjadi punca suami menceraikan isteri tersebut.

Adakah salah seorang isteri menjadi suri rumah sepenuh masa? Betul ke suami zaman sekarang tidak suka isteri duduk rumah dan menjaga segala kelengkapan suami dan anak-anak?

Seorang wanita yang juga pengguna Facebook, Intan Dzulkefli telah membidas pendapat bahawa isteri suri rumah sepenuh masa menjadi punca penceraian rumah tangga.

Menurut Intan, seorang suami yang soleh, dia akan tetap menghormati dan memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri sewaktu issteri boleh memberi manfaat kepada dirinya sahaja.

Jom ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Semoga bermanfaat.


Terkesan juga apabila terbaca sesetengah komen netizen tentang berita isteri pertama bakal diceraikan itu. Ya, memang betul, wanita yang ditinggalkan & bakal diceraikan itu ialah surirumah. Namun, janganlah semudah itu mengatakan sebab tidak bekerja itulah punca suami kurang hormat pada isterinya.

Apakah selayaknya isteri hanya akan dicintai, dihormati & dilindungi hanya apabila dia dapat memberikan manfaat buat diri suami?

Maka, kalau begitu, isteri yang tidak bekerja bolehlah dihina? Isteri yang tak mampu memberikan zuriat bolehlah dinista? Isteri yang terlantar sakit & tak mampu lagi menyenangkan nafsu bolehlah dibiar terbiar?

Astaghfirullah hal adzhim.

Sebenarnya, seorang suami yang soleh, dia tetap akan menghormati & memuliakan isterinya tanpa syarat. Bukan hanya cintakan isteri waktu isteri boleh beri manfaat kepada dirinya sahaja, apabila habis manfaat, bolehlah dibuang begitu sahaja.

Bukan begitu! Kerana dia sedar, dia mengambil wanita itu dari bapanya sebagai AMANAH. Amanah ini tanggungjawab. Tanggung bebanannya di dunia & jawab segala persoalan Allah di akhirat. Berat bagi yang faham. Ambil ringan bagi mereka yang jahil.

Wanita yang dipilih Allah untuk menjadi suri rumah tangga, janganlah rasa diri kita hina. Malah, sesetengah ulama' memberikan gelaran 'Rabbatul Bayt' kepada isteri yang duduk di rumah. Rabbatul Bayt memberi makna permaisuri rumahtangga yang mana rumah adalah negaranya, anak-anak adalah rakyatnya & suami adalah rajanya.

MasyaAllah, cantik Ulama' menukilkan posisi suri pada pandangan Islam. Jadi, jika ada yang menghinakan kerana duduk di rumah, anggaplah sahaja mereka tidak berilmu.

Isteri bukan beban, isteri adalah amanah. Isteri bekerja atau tidak bekerja, bekerja dari rumah atau bekerja di luar rumah, nafkah keluarga tetap tugas mutlak seorang suami & bapa. Inilah hal asas rumah tangga Islam. Maka, sepatutnya tidak timbul hal isteri tidak bekerja dianggap sebagai menyusahkan & beban sebagaimana stigma sesetengah masyarakat.



Ada dua hal yang ingin saya randomly highlight untuk muhasabah kita bersama;

1) Wanita, pilihlah lelaki yang beragama sebagai suami. Tidak semestinya ustaz, pak haji, dahi bertanda... tetapi orang yang memegang agama dengan gigi gerahamnya. A practicing muslim. Menjaga solat, menjaga ikhtilat (batas pergaulan) dengan bukan mahram.

Sebagaimana kata Imam Hassan al-Basri, nikahkanlah anak perempuanmu dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, apabila dia mencintai isterinya, dia memuliakannya. A pabila dia tidak lagi cinta, tidak pula dia menghinakan & menzaliminya.

Kadang ada wanita masa bercinta tidak nilai semua aspek ini dengan sebaiknya. Lelaki itu tak jaga ikhtilat, terima sahaja. Lelaki itu tak solat, lelap mata sahaja. Lelaki itu malas bantu ibunya buat kerja rumahtangga, tak rasa apa. Kerana menganggap cinta sahaja sudah cukup. Maaf, hakikatnya cinta sesama manusia sahaja tidak cukup untuk menjayakan sebuah rumah tangga.

Bahkan kata Imam Muda Asyraf, kadang cinta yang menggebu di awal perkahwinan akan bertukar menjadi tolak ansur & rasa ehsan apabila semakin bertambah usia. Inilah yang disebutkan sebagai sakinah, mawaddah & rahmah itu.

Hanya lelaki soleh sahaja nampak segala perubahan tubuh badan isteri sebagai natijah susah payahnya berkhidmat untuk suami & rumah tangga. Lelaki yang bertuankan nafsu akan nampak hal itu sebagai kekurangan isteri & jalan untuk dia mencari ganti.

Begitulah wahai wanita, pilihlah yang beragama & takut Allah. Bila dia jaga hubungannya dengan Allah, dia akan jaga amanahnya sebaiknya. Bila dia takut Allah, dia takut menzalimi insan yang patut dilindunginya dunia akhirat. InsyaAllah kita takkan menyesal.

Istisyarah & istikharahlah dalam memilih jodoh, Rasulullah SAW sendiri jamin kita takkan menyesal.


2) Biarpun bergelar suri rumah tangga, bukanlah menjadi penutup semua pintu hidup kita. Ramai wanita bergelar suri rumah tangga jadi senang stress, hilang semangat, low self esteem hingga akhirnya ada yang depresi, hilang nilai diri & asyik salahkan diri atas apa jua musibah yang terjadi.

Maka, wahai wanita, tidak kiralah apa status kita, bergeraklah dalam kemampuan kita untuk mengejar cita-cita & kekalkan motivasi diri.

- tetap adakan simpanan bulanan. Wajib buat!
- tetap bayar pinjaman pelajaran, hutang wajib bayar.
- usahakan untuk buat komitmen Tabung Haji, investment syariah compliant (contohnya Public Mutual atau beli emas) setahun sekali hasil simpanan sikit-sikit pun tak apa. Asalkan buat.
- jika mampu, ambil life-insurance, buat Private Retirement Scheme (PRS)
- jangan lupa bersedekah. Banyak atau sedikit bukanlah soalnya. Yang penting istiqomah.
- sentiasa upgrade ilmu, amal & potensi diri. Kekalkan dalam circle yang positif.
- jangan sengaja tinggal solat, jangan tinggal al-Quran, jangan sengaja buka aurat & berhias tanpa keperluan. Solatlah, tutup aurat, sentiasa istighfar & banyakkan sedekah, nescaya Allah & Nabi SAW akan sayang kita.

Sayanglah diri sendiri. Jangan harapkan orang lain sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri terlebih dahulu. Sayang diri kita dengan ikut apa yang Allah & Rasulullah SAW syariatkan. Jangan terikut dengan anasir & trend akhir zaman yang merosakkan.

Dunia ini kadang memang amat melelahkan, maka sentiasa ingat Allah sentiasa ada untuk kita, pertolongan Allah pasti akan tiba. Mahar untuk ke syurga terlalu mahal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. netizen yg komen pun bukan pasti sgt apa yg mereka komen lebih2 lg yg tdk mengalami sekadar nak beri pendapat. semoga mereka dibeei hidayah

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "