Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelik Tapi Benar, Alat Sulit, Pipi Dan Mata Mayat Hilang Sebelum Dikebumikan Kerana Dimakan Saudara Wanita Sendiri

13 Mac 2018

Tergamakkah anda memakan organ pada mayat? Pelik tapi benar kejadian yang terjadi ini. Insiden mengemparkan itu dilaporkan berlaku di Zimbabwe di mana dua wanita telah memakan zakar, mata dan pipi mayat saudara mereka yang bakal dikebumikan.

Menurut sumber, kejadian aneh itu berlaku di kampung Ndangara. Lapor media tempatan, kedua-dua wanita yang tidak dinamakan itu telah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

"Saya bole mengesahkan bahawa kedua-dua wanita terbabit telah dibawa ke jawatankuasa kampung untuk diadili, selepas mereka mengerat dan memakan anggota badan mayat saudara mereka," kata ketua kampung tersebut, Chief Chireya.

Tambah Chireya lagi, dua wanita itu tidur di bahagian dapur dimana mayat tersebut disimpan sebelum menanti untuk dikebumikan.

"Saya diberitahu, mereka mengarahkan ahli keluarga yang lain mematikan lampu sebelum masuk tidur dan ketika itulah mereka mengerat mayat berkenaan.

"Perkara itu terbongkar keesokan harinya selepas beberapa ahli keluarga yang lain mendapati alat sulit dan mata mayat itu telah hilang," katanya.

Tambah sumber, kedua-dua wanita itu saling menuding jari dan masing-masing tidak mengaku melakukan perbuatan mengerikan tersebut.

Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Harian via Dailystar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "