Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Minta Diskaun 50%, Kalau Tak Bagi Tinggalkan Kedai Tu, Rata-Rata Penjual Akan Panggil Balik,'' Antara 15 Tip Penting Beli Belah Di Vietnam

11 Mac 2018
2 ulasan

Vietnam bukanlah asing lagi bagi sebilangan masyarakat di Malaysia, negara itu kini seperti sudah menjadi negara kedua bagi rakyat Malaysia yang dahagakan suasana membeli belah.

Tak percaya? pergilah ke mana-mana tempat membeli belah seperti Ben Thanh Market, Night Market, Malaysian Street, Saigon Square dan pelbagai tempat lagi di Ho Chi Minh, majoritinya adalah rakyat Malaysia yang sedang sibuk memilih dan menawar harga untuk membeli.

Ini kerana barang yang jual di sana begitu murah berbanding harga di negara kita, bahkan jika tidak minta kurang harga pun ianya masih murah, tapi tahukah anda bahawa jika membeli belah di Vietnam mintalah diskaun 'kaw-kaw' dan jangan sesekali terpedaya dengan pujukan penjual di sana.

Jom kita baca sikit, tips-tips penting jika pergi membeli belah di Vietnam dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor, wajib baca tau.



Ketahui 15 Tips Paling Penting Melancong Di Vietnam.

1. Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia.

2. Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual lihat pakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.

3. Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang di pindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.

4. Elakkan naik beca, sebab waktu naik diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringggit.

5. Elakkan naik teksi motor yang tak berdaftar sebab cajnya agak mahal.

6. Berhati-hati ketika shopping di Pasar Ben Thanh sebab penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.

7. Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk jahit 1 lagi X bagi jadi XXL.

8. Biasa barang yang di display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.

9. Semasa bayar elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter sebab penjual akan caj mahal tanpa kita sedar.

10. Hati-hati sebelum beli barang sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.”


11. Bila ada penjual offer untuk rasa kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.
.
12. Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan sebab ais kat sini sangat bahaya. Efeknya boleh sampai batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak.

13. Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor je akan di caj sehingga 500 usd!

14. Kalau ada apa-apa masalah terus refer pada Tour Guide yang bawa anda bersiar-siar di Vietnam.

15. #ExtraTips Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "