Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memang Patut Google Dan Facebook Dikenakan Cukai, Cadangan Akan Dibawa Ke Kabinet - MATA

15 Mac 2018

Cadangan untuk mengenakan cukai terhadap syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Facebook dengan mengambil kira perolehan yang dijana syarikat itu menerusi pengiklanan digital dinegara ini perlu diperhalusi.  Setakat ini, Google dan Facebook yang mana kedua-dua syarikat gergasi itu telah mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Cadangan berkenaan diutarakan pada sesi Luncheon Talk antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa lalu.

Ahmad Zahid ketika memberi maklum balas berhubung cadangan itu memaklumkan beliau akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Menurut Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar, mengikut prinsip keadilan cukai, memang patut syarikat berkenaan dikenakan cukai, bagaimanapun kaedah pelaksaannya perlu diperhalusi dan dikaji sebaik mungkin sebelum dilaksanakan.

Beliau menambah lagi, pelbagai perkara perlu dititikberatkan termasuk dari segi perundangan dan mekanisme pelaksaan supaya tidak mendatangkan kerugian kepada Malaysia kerana ada beberapa negara yang ingin mengenakan cukai kepada syarikat berkenaan sehingga membawa ke mahkamah tetapi akhirnya kalah kerana tidak mempunyai alasan yang kuat untuk membidas.

"Disebabkan itu perlu ada mekanisme dan perundangan yang benar-benar kukuh dan dikaji sedalam-dalamnya. Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan tetapi saya jangka bukan dalam masa terdekat kerana kajiannya bakal mengambil masa yang lama disebabkan ada banyak isu teknikal perlu diselesaikan.

"Perkara berkaitan cukai sekarang ini kita merujuk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Pada waktu itu, tiada lagi perniagaan yang dibuat menerusi internet, konsep digital, atas talian atau media sosial. Jadi, mesti berlaku perubahan terutama dari segi teknikal dan pelaksanaannya, disebabkan itu ia bakal mengambil masa lama," - NSTP 

Selain itu, Abd Aziz berkata, terma pendapatan Google dan FB perlu ditentukan bagi memudahkan urusan percukaian dilaksanakan.

"Apa yang saya faham kini, Google dan FB bukan pemastautin tetap di Malaysia iaitu dalam bahasa teknikal, ia bermaksud syarikat berkenaan tiada establismen tetap. Satu-satu syarikat atau entiti yang dikenakan cukai di Malaysia, mereka perlu ada establismen tetap.

"Memang syarikat berkenaan ada membuka cawangannya di negara ini dan komuniti perniagaan di Malaysia membayar kepada mereka untuk pengiklanan digital tetapi kita masih tidak boleh nak pastikan terma pendapatan mereka ini apa? sama ada royalti atau sebaliknya. Adakah transaksi berlaku di Malaysia atau sebaliknya?

"Disebabkan itu, kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan mekanisme pelaksanaan cukai ini membawa kebaikan kepada negara dan rakyatnya, mungkin Vietnam boleh dijadikan rujukan memandangkan mereka melaksanakannya," katanya.


Rentetan isu ini, penganalisi ekonomi, Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, untuk mengenakan cukai terhadap syarikat berkenaan, FB dan Google perlu melalui cukai khas yang lebih munasabah berdasarkan jumlah pendapatan sebenar seperti yang diusulkan di negara Eropah bagi memastikan ia tidak mudah dimanipulasi.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. Kedua-dua syarikat Google dan Facebook ni amat besar untuk pasaran di seluruh dunia. Market value pun amat besar. Jadi kena tax pun bukan masalah bagi mereka.

    pinjaman peribadi swasta

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "