Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masuk Tahun Kelima Kahwin, Orang Tanya Seolah Kami Tak Mahu Zuriat

11 Mac 2018

Zuriat adalah idaman semua pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana soal anak adalah ketentuan dari Allah. Biarpun begitu, kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa bahkan perlu terus berusaha dan berikhtiar.

Namun, usahlah bertanya soalan sinis kepada mereka yang belum dikurniakan cahaya mata seperti ''kenapa belum dapat anak lagi?'', ''merancang ke, dah bertahun tak dapat anak?''. Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyum dengan soalan anda, jauh di sudut hati mereka rasa terluka, terutamanya bagi pasangan yang sudah lama berkahwin. Perit, namun inilah realiti yang harus diterima.

Perkongsian oleh Khairul Hakimin Muhammad ini ada betulnya. Dikurniakan cahaya mata sulung pada tahun keenam perkahwinan, pelbagai kata menyakitkan harus ditelan. Namun baginya, apalah sangat jika dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang 11 tahun menanti. Entah dari mana kekuatan yang datang dari wanita itu, benarlah figura kesayangan ramai ni berada dalam kerusinya tersendiri.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga ada sinar bagi mereka yang masih menanti kurniaan teragung dari Allah ini. Yakinlah dengan setiap rezekinya, sabar dan jangan berputus asa.

Waktu perjumpaan bersama ikon yang seorang ini dulu, kami didendangkan dengan nyanyian lagu terbaharu beliau.

Sedang asyik menonton dari meja paling hadapan, saya menoleh melihat kawan-kawan lain. Ada yang mengesat air mata, ada yang tersenyum dan mendagu ada juga yang saling bertepuk tangan mengikut lenggok penyanyinya. Ia menarik, liriknya istimewa.

Saya dan isteri pernah melalui detik kata-kata menyakitkan tentang kekurangan sebuah perkahwinan apabila belum dikurniakan anak.

Saat 1-2 tahun pertama, ramainya orang menuduh kami merancang perkahwinan.

2-4 tahun semakin ramai yang perli-perli kami ini begitu begini tentang budak-budak.

Dan masuk tahun ke 5-6 semakin melonjak hati orang membuat ayat menyedihkan hati dengan bertanya-tanya seolah kami tidak mahu zuriat.


Lirik lagu ini:

“Sayang di sayangi,
Timang ditimang,
Alahai manjaku seorang,

Sayang di sayangi,
Timang ditimang,
Cinta hatiku selamanya.”

Memang buat hati saya meruntun. Penantian kami suami isteri selepas 6 tahun akhirnya mengubat segalanya. Lagu ini memang buat ibu bapa yang menyayangi anak-anak.

Siti Nurhaliza menempuh saat sukar ini dengan senyuman yang berpanjangan. Manalah datangnya kekuatan yang ada pada beliau untuk berhadapan dengan berbagai kata-kata hanya kerana Tuhan memberikan sedikit ujian ini. Kadang-kadang rasa pelik, kuatnyalah beliau ini. Sebab itu kekal di kerusinya yang tersendiri.

Selepas beliau mengumumkan untuk berehat dan mahu memberi tumpuan kepada anak yang dikandungnya, kami-kami yang sudah terbiasa melihatnya dari jauh ini, memahami. Ia sebuah amanah untuk kami jaga baik-baik seperti si ibu ini menjaga sehabis baik kandungannya.

Pergilah ke mana-mana, beliau layan. Nak bergambar, kita tahan beliau, beliau pun berhenti dan kita dapat berselfie, beliau ok dan terus sahaja dengan senyuman yang sama. Itulah Siti Nurhaliza.


Kelahiran Ci Comel ini semakin kita rasai dengan dendangan yang sudah berkumandang dari awal minggu lalu. Malah, anak saya sendiri sibuknya suruh buka dan pasang, terus sahaja berkumandang dalam rumah, kereta dan di mana-mana “ting ting tang ting tara ting tiketing tang ting”

Disambut dengan sedikit lirik lagu lama Can Malican, ianya menjadi gabungan yang sangat menarik. Tahniah diucapkan kepada penulisnya, Puan Rozi Sang Dewi.

Lebih 20 tahun lalu, kita melihat anak kelahiran Pahang ini sebagai seorang gadis yang akan membawa suara seMalaysia. Hari ini, dia berjaya melakukannya.

Dan, hari ini juga, beliau masih beri kita suaranya untuk beliau berehat sekejap sementara menanti kelahiran anak yang dinanti-nanti. Masih lagi sibuk memikirkan telinga dan hati peminat. Haih.

Demi Tuhan, Sebagai yang sudah biasa menginspirasi kami semua, dengan lirik, suara, pandainya mengalunkan lagu mengikut rentak dan susunan yang diberi, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak wahai Dato Sri Siti.

Membawa seni ke dalam suara dan kemudian berkumandang dari radio rumah hingga ke stadium dan dewan antarabangsa luar negara adalah sebuah harum yang sentiasa wangi di mana-mana. Ia selesa, dan terus sahaja buat kita senyum dan gembira.

Lagu Si Comel Pipi Merah sedang kami dengar dan sudah boleh dimuat turun melalui semua rangkaian digital termasuk Spotify dan Itunes.

Dan buat Dato Sri, Kami doakan semoga Allah mudahkan urusan kelahiran anaknya nanti. Semoga ibu dan anak sihat, disantuni dan sentiasa dilindungi. Rehat dan ambillah masa sebaiknya. Kami okey. Hehe.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tuhan, Jaga Dia Untuk Kami Semua.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "