Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ala Doktor,Orang Sakit Tak Payah Solatkan, Lagi Pun Susahlah Nak Solat Di Wad, Baju Kotor, Nak Wudhu Susah

12 Mac 2018
2 ulasan

Solat dan pesakit di hospital memang sudah menjadi satu penyakit yang tidak dapat diselesaikan, ramai antara pesakit ternyata tidak bersolat dengan rata-rata menjadikan sakit mereka hadapi sebagai satu sebab dan alasan.

Ada yang menyatakan bila sakit, mereka tidak perlu solat, sedangkan solat adalah kewajipan setiap Muslim yang mukalaf, pengecualian hanya kepada tiga golong­an iaitu kanak-kanak belum baligh, orang yang tertidur sehingga dia terjaga dan orang gila.

Dikongsikan oleh seorang doktor yang juga merupakan seorang penulis, Dr Fahd Razy kisah yang dihadapinya di hospital berdepan dengan pesakit-pesakit yang pelbagai karenah ini.

Jom baca perkongsian beliau.

DAH SOLAT KE BELUM?



“Doktor, sarapan ada lagi?”

“Eh, tadi tak sarapan ke?”

“Saya tidur, mengantuk sangat. Ni baru bangun”.

Saya menjeling jam di dinding, hampir 10 pagi. Semasa round dengan pakar tadi pun pesakit ini bangun tak bangun saja.

“Tak bangun solat Subuh ke?”

“Ala doktor, susah lah nak solat. Leceh. Kotor baju ni. Nak wudhu pun susah.”

“Minta lah baju baru dengan nurse.”

“Tak apa lah doktor. Orang lain pun semua tak solat,” menunjukkan tangan kepada semua pesakit di kubikelnya.

“Mereka cakap sakit tak payah solat.”

Ya. Ia bukan lagi satu yang aneh. Bukan satu yang jarang. Bahkan ia gejala yang agak merisaukan.

Sakit sepatutnya mendekatkan kita dengan Tuhan. Melalui sakit Tuhan menggugurkan dosa-dosa hamba-Nya. Sakit menyebabkan manusia lebih mengingati mati, lebih menginsafi keterbatasan dan kelemahan diri. Sepatutnya…

Tetapi semasa di wad, kalau kita tinjau berapa peratus pesakit yang solat lima waktu sehari (ah, ini asas, paling asas!) dan kita akan terperanjat!

Alasannya yang selalu mereka berikan adalah, Pakaian kotor, sakit, susah nak wudhu, boleh qada, tak tahu bagaimana solat orang sakit dan memang jarang solat di rumah.

Ini terutama masalah bagi pesakit muda. Posting pertama sebagai houseman di wad ortho hal ini amat ketara. Ramai pesakitnya muda-muda, sebahagian ada luka-luka (jadi alasan tak boleh wudhu), dan kaki tergantung / bersimen / on traction. Pesakit yang lebih berusia, mungkin kurang, seperti pengalaman saya di wad oftalmologi (ramai pesakit katarak, glaucoma, diabetic retinopati orang berusia).

Pesanan untuk Ibu bapa, kalau anak anda masuk wad, sila pastikan mereka solat. Ajarkan mereka solat orang sakit. Boleh tanya doktor/nurse. Ia penting. Pesan setiap kali anda melawat mereka. Bantu mereka berwudhu (jangan anda pula tumpang sekaki tak solat). Sakit bukan alasan tak solat, bahkan sakit sepatutnya lebih menambahkan rasa takwa kita. Dan jangan harapkan nurse atau doktor nak jaga solat anda/anak anda. Kerja-kerja rutin pun tak terkejar.

Semasa houseman dulu, selalu saya kejut pesakit ketika round pagi (tetapi kadangkala tak terkejar juga, ah, rasa bersalah sebenarnya). Sengaja tanya soalan (yang mungkin tak perlu pun) untuk timbulkan perbualan, supaya mereka alert dan terjaga. Sekurang-kurangnya mereka bangun. Para houseman (dan juga nurse) ketika melakukan morning round (atau ambil vital sign pagi), jangan lupa kejutkan pesakit.

Dan cadangan saya, mulai hari ini, kalau anda nak melawat pesakit, tak payah bawa makanan banyak-banyak. Tak perlu bunga, atau kad, atau KFC (di Terengganu hospital sebelah KFC, ahah).

PERTAMA. Bawalah botol penyembur air ini, untuk membantu pesakit berwudhu dengan mudah. Tidak terlalu basah. Tak perlu ke bilik air.

KEDUA, belilah buku panduan solat ketika sakit. Banyak di kedai buku. Paling kurang, ajarlah pesakit, dan kalau tak arif di internet boleh dapat banyak (rujuklah laman yang autentik) atau tanya ustaz-ustaz.


KETIGA, mak-ayah... sedia lah peluru siap-siap. Pesanlah kepada anak-anak yang masuk wad tu. Cakap, jangan tak cakap. Dosa anak tak solat, share nya sampai kepada ibu bapa juga (kalau tak tegur atau tak ambil tindakan).

KEEMPAT, beri perhatian betul-betul. Waktu melawat adalah bermula jam lima hingga tujuh petang. Waktu ini wad penuh dengan pelawat. Nak solat agak susah/sempit. Pesakit sibuk melayan pelawat. Jadi pelawat jangan lupa tanya, "Asar dah solat ke?". Dan bagi ruang pesakit solat dulu. Mana prioriti, anda (pelawat), atau solat? Ha! Anda bertanggungjawab tau kalau terlalu sibukkan pesakit sampai dia lupa solat (dan sesetengah pesakit memang saja gedik buat sibuk melayan sebab malas nak solat).

KELIMA, Ibu-ibu yang nak bersalin pun, jaga-jaga, selagi belum bersalin (wiladah) anda wajib solat ya. Kalau sekadar contraction, itu bukan alasan tak solat. Minta bantuan suami dan nurse. (Hukum detail, saya serahkan kepada yang lebih arif untuk huraikan)

InsyaAllah, sebarkan semoga semakin ramai pesakit yang terjaga ibadahnya di hospital.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "