Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadi ''Lawyer" Jangan Angkuh Dan Degil Untuk Menggunakan Bahasa Kebangsaan Di Mahkamah, Teguran Pedas Buat Semua Peguam

11 Mac 2018
2 ulasan

Melalui Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Parlimen telah lama memperuntukkan bahawa semua prosiding di Mahkamah adalah diwajibkan untuk dijalankan dalam bahasa Melayu, melainkan kepentingan keadilan memerlukan sebaliknya.

Demikian juga, Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 turut memperuntukkan bahawa dokumen-dokumen yang difailkan di Mahkamah hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan.

Namun, isu penggunaan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dalam sistem kehakiman dan mahkamah di negara ini tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Perkongsian oleh Tuan Peguam Aidil Khalid di laman sosial facebook ini ada wajarnya.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

SENARIO SEBENAR DALAM SEBUAH PERBICARAAN DI MAHKAMAH

PEGUAM DEFENDAN: Yang Arif, boleh saya dibenarkan untuk menyoal balas saksi dalam bahasa Inggeris? I think the witness can speak English.

HAKIM: Penyata Saksi yang diikrarkan oleh saksi disediakan dalam bahasa Melayu. Jadi Peguam pun sepatutnya meneruskan dengan pemeriksaan balas dengan menggunakan bahasa kebangsaan juga.

PEGUAM DEFENDAN: Saya mohon keizinan, Yang Arif, dan kalau saksi setuju serta fasih dalam bahasa Inggeris, then I should be allowed to proceed in English.

HAKIM: Macam mana keterangan saksi dalam pemeriksaan utama dibuat dalam bahasa Melayu, tapi kamu pula hendak soal balas dalam bahasa Inggeris? Jadi tak kena bila nota-nota keterangan dibawa ke peringkat rayuan nanti. Kalau you tak boleh cakap bahasa Melayu, you kena cari jurubahasa, bukan jalankan bicara dalam bahasa Inggeris, walhal Penyata Saksi dalam bahasa Melayu dan saksi pun telah mengangkat sumpah dalam bahasa Melayu.


PEGUAM DEFENDAN: No, it is not that I can’t speak Malay, Yang Arif. I can speak in Malay.

HAKIM: Then proceed in Malay.

PEGUAM DEFENDAN: But the thing is, I’m afraid I would keep mixing up the terms and wordings, Yang Arif.

HAKIM: Tak apa. Kita akan bantu you. Kalau you tak fasih dalam istilah, kita akan tolong. I am not trying to be difficult, you know.

PEGUAM DEFENDAN: With due respect Yang Arif, if the Counsels agree, and the witness also agree, I think I should be allowed to proceed in English.

HAKIM: No, no, the evidence itself would not be in a consistent form. You go up there, they say no, no, the witness had already taken the oath in the national language, the witness statement were deposed in Malay, but during cross-examination, you want to change it into English? -- this evidence will be expunged.

PEGUAM DEFENDAN: Okey, Yang Arif, I will do in bahasa.

Nota:

1. Tahun ini masuk tahun ke-60 kita merdeka, tetapi ternyata peguam-peguam kita masih lagi degil dan keras kepala; angkuh lagi sombong untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan di Mahkamah.

2. Perkara 152(4) Perlembagaan Persekutuan cuma membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di Mahkamah untuk tempoh 10 tahun sahaja daripada tarikh kita mencapai kemerdekaan, sebagai suatu tempoh penyesuaian dan transisi untuk beralih sepenuhnya dari era zaman pentadbiran British yang menggunakan bahasa penjajah, kepada penggunaan sepenuhnya dalam bahasa Melayu setelah daripada tempoh 10 tahun itu tamat.

3. Tempoh 10 tahun tersebut tamat pada 31 Ogos 1967. Tapi sehingga tahun 2017, perangai degil peguam-peguam kita masih lagi tidak berubah.

4. Melalui Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Parlimen telah lama memperuntukkan bahawa semua prosiding di Mahkamah adalah diwajibkan untuk dijalankan dalam bahasa Melayu, melainkan kepentingan keadilan memerlukan sebaliknya. Demikian juga, Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 turut memperuntukkan bahawa dokumen-dokumen yang difailkan di Mahkamah hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan.

5. Sejak dari tahun 1997 lagi, dalam sebuah kes, Zainun Dahan v Rakyat Merchant Bankers Bhd & 1 lagi [1997] 4 CLJ SUPP 279, Mahkamah kita pernah menegaskan: “Penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah tidak boleh dipermudahkan dan diambil ringan. Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan’) menetapkan bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu (Perkara 152). Dengan peruntukan undang-undang di atas, maka keraguan atas penggunaan Bahasa Melayu dalam prosiding Mahkamah tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi, penggunaannya hendaklah dilaksanakan dengan ketatnya oleh semua pihak.”

6. Justeru, telah tiba masanya untuk kita menguatkuasakan peruntukan-peruntukan bekenaan bahasa kebangsaan dengan ketatnya. Para peguam yang tidak fasih dalam bahasa kebangsaan sepatutnya ditarik balik kelayakan mereka untuk menjadi peguam, kerana bagaimana mungkin mereka dapat mewakili anak guam dengan sempurna, jika mereka gagal menguasai bahasa Mahkamah?

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Awak di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "