Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Masjid Dimasuki Babi Hutan Selesai Disamak, JAIS Dan Jabatan Mufti Selangor Kawal Selia Proses Pembersihan

7 Mac 2018

7 Mac - Malam tadi gempar apabila Masjid Jamek Sungai Plong, Sungai Buloh dimasuki oleh seekor babi hutan dan pagi tadi aktiviti pembersihan dan samak telah selesai dilakukan.

Imam 3 Masjid Jamek Sungai Plong, Mohamed Rahmat Ahmad Buhari, 31, ketika dihubungi Utusan Online berkata, kerja-kerja menyamak dan membersihkan masjid bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada 1.30 tengah hari.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja pembersihan dan proses menyamak telah dikawal selia oleh wakil Jabatan Mufti Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut hadir pagi tadi.

Rahmat juga mengatakan, tiga per empat daripada kawasan masjid tersebut telah dicemari dengan darah babi hutan tersebut dan kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan membersihkan kesan-kesan darah yang ada di lantai dan dinding masjid.

BACA: (Video) Babi Hutan 'Serang' Masjid, Kejar Kanak-Kanak Dan Sondol Seorang Jemaah Hingga Cedera 




“Babi ini telah cedera dan berdarah ketika masuk ke dalam kawasan masjid. Atas nasihat Jabatan Mufti Selangor dan JAIS kita buang karpet yang dicemari dengan darah babi berkenaan. Turut dibuang sebuah kipas dan dua buah kerusi yang rosak akibat disondol babi itu.

“Selesai membersihkan darah pada dinding dan lantai. Kita memulakan proses menyamak dengan membasuh mengunakan air tanah sekali dan enam kali air bersih,”
kata Mohamed Rahmat.

Kawasan sekitar Masjid Jamek Sungai Plong dikatakan memang mempunyai habitat babi hutan dan ini adalah kejadian pertama haiwan liar itu menceroboh kawasan dalam masjid.

“Babi tersebut cedera di luar kawasan masjid dan menjadi berang. Dia cuba mengejar kanak-kanak yang berada di luar masjid. Kanak-kanak tersebut yang ingin menyelamatkan diri lari masuk ke dalam masjid.

“Tindakan kanak-kanak tersebut adalah betul dan babi berkenaan mengejar mereka sehingga ke dalam masjid,”
kata Mohamed Rahmad.

Kerja-kerja pembersihan turut dibantu oleh sepasukan anggota bomba seramai 15 orang dan dua buah jentara bomba.

“Malam tadi kita solat Isyak berjemaah di kawasan yang tidak dicemari oleh babi hutan tersebut,” jelas Mohamed Rahmad mengenai gambar jemaah bersembahyang di dalam masjid malam tadi.

Kejadian seekor babi hutan jantan tersesat masuk ke dalam masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat ba’diyah Maghrib hingga mencederakan seorang jemaah itu tular di media sosial.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "