Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaki Digantung, Terjun Dari Jarak Tinggi Untuk Jayakan Watak Ini, Pelakon 'Stunt Man' Watak Badang Kecewa Filem Tak Dapat Sambutan

3 Mac 2018

3 Mac - Baru-baru ini, muncul sebuah filem adi wira tempatan yang berjudul Badang. Watak Badang yang dilakonkan oleh seorang pemilik jenama kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sering menerima kecaman dari netizen.

Setelah seminggu filem ini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, filem ini hanya mampu mengutip sebanyak RM70,000 sahaja. bagi sebuah filem tempatan itu adalah angka yang sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan modal yang dikeluarkan lebih RM 2juta.

Ramai beranggapan, watak utama filem ini menjadi salah satu aspek filem ini tidak menarik untuk ditonton.

Namun, seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin cuba mengubah persepsi masyarakat tentang filem ini dan berjumpa sendiri dengan pelakon lagak ngeri (stunt man) yang menjadi 'double body' untuk watak badang.

Stunt Man yang bernama Chaoi itu dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan dan sering dipilih menjadi stunt man di dalam filem di malaysia. Antara filem yang pernah di lagak ngeri kan adalah Polis Evo dan Abang Long Fadhil 2.

Jom ikuti perkongsian Khairul Hakimin tentang filem Badang. Semoga bermanfaat.


Waktu saya duk bersembang dengan Kak Raiha, tiba-tiba terpacul tentang sebuah filem ini. Saya lontarkan keresahan saya bagaimana seluruh rakyat Malaysia bersatu menghentam sehinggakan terlupa ada nilai dan ada orang lain yang berusaha benar di dalam hal tersebut yang terpalit sama.

Ia merupakan sebuah kecewa yang besar. Terus Kak Raiha beri nama seorang ini dan beliau kata “Khairul, kau kena jumpa dia,”

Saya terus hubungi dan lelaki ini pun jawab dengan baik. Kami berjumpa beberapa hari selepas itu di sebuah kedai makan. Orangnya kecil namun setiap butir yang keluar dari mulutnya sangat tersusun. Anak kelahiran Parit Buntar ini merupakan ‘double-body’ bagi filem Badang yang ditayangkan baru-baru ini.

Di Malaysia atau negara lain, kisah manusia yang berlakon menjadi orang lain di dalam filem memang jarang orang nak sembang. Kerana mereka ini tidak bersifat populis. Mereka hanya ada satu perkataan sahaja terhadap kerja mereka, iaitu puas.

Saya sendiri, menonton filem Badang ini secara diam-diam. Dan saya akui banyak yang boleh kita pelajari dan halusi. Saya letakkan jauh-jauh tentang pelakon utamanya, yang ramai benar tidak suka kerana karenahnya. Untuk saya tonton dengan minda kosong dan mahu ianya beri sesuatu kepada saya.




Filem ini hanya dapat sekitar RM69,000 sahaja kutipan. Dan ia menjadi angka yang sangat rendah bagi sebuah filem yang ditayangkan di dalam negara kita ini. Pada hari ini juga, ramainya antara kita yang membuat (secara sedar atau tidak) posting di media sosial masing-masing tanpa memikirkan bagaimana susahnya satu-satu karya itu diperbuat.

Asal tak kena selera, asal tak suka, asal sudah benci kepada pelakonnya, kita lanyaklah sampai mereka ini mati berkali-kali dihina oleh kita.

Chaoi ini meluahkan rasa kecewanya kepada saya. Beliau mengidolakan Jackie Chan. Sebagai pelakon lagak ngeri (stunt-man) yang semakin popular di Malaysia, Chaoi ditugaskan untuk menjadi watak utama di dalam suit Badang tersebut. Malah, untuk beliau sendiri pihak produksi sediakan satu set khas pakaian itu, manakala Dato Seri Aliff Syukri, 1 set.

Mereka berdua akan berlakon dengan skrip masing-masing. Sekitar hampir 200 kru yang terlibat di dalam filem ini merasakan yang ianya sebuah filem yang wajar untuk ditonton kerana pelakon utamanya itu merupakan seorang yang berusaha benar nak jadi pelakon.

Beberapa kali Chaoi beritahu saya yang sampai ke tahap rasa syahdu dan kasihan melihat Dato Seri Aliff berusaha menjayakan wataknya sebagai Badang. Dan itu adalah sesuatu yang amat sukar bagi seorang bukan pelakon.




Chaoi melakukan beberapa lagak ngeri seperti melompat dari jarak 2 tingkat bangunan, sepakan serta beberapa aksi flip dan aksi lain untuk menjayakan watak Dato Seri Aliff dengan baik. Sebagai seorang yang aktif dengan pencak silat, kebanyakan lagak ngeri yang biasa beliau lakukan, adalah yang sangat terjaga dari aspek keselamatan beliau.

Chaoi mendapat latihan sepenuhnya dari Rumah Aktor Seniman dibawah Saudara Zulhuzaimy dan kerap berada di bawah kelolaan Saudara Fauzi Nawawi dalam berpuluh filem di dalam dan luar negara.

Antara filem box office yang pernah beliau lakonkan sebagai ‘double-body’ ialah Tombiruo, Abang Long Fadil 2, The Raid 2, KL Evo, dan banyak lagi.

Di dalam Badang, Saudara Fauzi Nawawi bertugas juga sebagai co-ordinator kepada aksi lagak ngeri yang mereka lakonkan, dibantu oleh choreographer serta cameraman yang sangat arif untuk menjadikan satu-satu lagak ngeri itu berjaya.

Kita semua, hari ini hanya nampak apa yang dipersembahkan kepada audien sahaja. Lelaki yang saya jumpa ini digantung kepala ke bawah, kaki ke atas, kemudian diterjunkan dari jarak yang tinggi, diikat badannnya dengan tali, dan berbagai-bagai lagi aksi yang diperlukan semata-mata mahu menjayakan filem ini.

Hari ini, orang sangat mahu melihat kejatuhan seseorang itu konon-konon untuk beri dia pengajaran. Dalam tak sedar, kita terlupa yang kita sedang meruntuhkan sebuah institusi terus.

Bayangkanlah pengarahnya, Prof Abdul Razak sendiri mahukan filem ini menjadi proses pembelajaran bagi anak-anak didiknya dan kini ianya bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pengeluar filem kerana lancangnya kita menghina satu-satu karya.





Seperti kita tak suka layanan sesebuah restoran, kita tak mahu cakap depan-depan, lalu kita pergi tulis di media sosial, lalu viral. Semakin hari, semakin pudarlah suasana restoran itu, terus sahaja tiada pelanggan.

Di dalam restoran itu, mungkin ada makcik pakcik yang mengambil upah mencuci pinggan, ada juga yang sedang berusaha keras mendapatkan jualan sekian-sekian, ada juga yang berhempas pulas bekerja dari seberang untuk hantar duit ke kampung pada hujung bulan.

Namun atas sebab kita mahu dia tumbang, konon beri pengajaran, kita buat. Dan kita puas.

Saya ingat lagi, kisah Badang ini popular semasa saya kecil. Dan saya akui, filem ini sangat sesuai untuk ditonton oleh anak-anak remaja kita semua. Namun, saya fikir semuanya dah pun terlambat. Filem itu sudah tidak ditayangkan lagi di pawagam.

Kawan-kawan semua,

Saya bukanlah nak positif sangat. Saya juga bukan fan boy Dato’ Aliff Syukri. Namun berada dalam dunia membina karya, saya tahu ada ramainya marhain yang wujud disebalik suasana mewah yang kita nampak.

Ramai yang kata, “alah mereka dah terima payment”, iya kawan-kawan. Sama sahaja macam kita buat bisnes, kita bayar semua kakitangan dalam bentuk gaji untuk semua usaha kita. Namun apabila ia berhasil, dijual dengan baik dan diterima sebaiknya, kita akan dapat bonus itu.




Dan itulah yang dinanti-nanti seluruh pasukan produksi.

Apabila ia gagal bukan kerana teruknya kualiti namun atas cakap-cakap kebencian terhadap Dato Aiff Syukri, maka kalian bayanglah betapa sedihnya mereka yang berusaha keras di belakang tabir menjayakan file mini sebaik-baiknya.

Gaji tak besar mana, kerja sampai 2-3 hari tak tidur, dan semestinya mahu sangat dengan bonus tersebut.

Namun, kita yang hebat, yang power dan sentiasa betul ini bertepuk tangan dan bergembira apabila filem teruk ini tidak mendapat sambutan, kerana kita semua berjaya memberi pengajaran kepada orang yang kita benci ini.

Dan dalam tak sedar, rupanya kita ini menjadi Tuhan. Membuat hukum bukan-bukan hanya sekadar nak puaskan hati sahaja.

Buat Chaoi Power team, serta seluruh produksi filem yang sentiasa berusaha keras menjayakan filem-filem dalam negara, saya tetap ucapkan syabas dan tahniah. Kalian sudah beri yang terbaik dan dari lubuk hati saya, saya tabik kepada kalian!

Dan semoga beroleh kejayaan kepada Filem Indie pertama yang Chaoi akan lakonkan sebagai watak utama, judulnya Jejak Megat dibawah Tuan Pengarah Rozinor Razali yang akan memulakan sesi penggambaran tidak lama lagi. Selamat maju jaya.

Dan buat semua kawan-kawan, sampai masa untuk kita belajar kritik membina, bukan bantai, bukan hina dan bukan sampai menghancurkan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. When you do something, do it right the first time you doing it... don’t blame the public for their comments because their comments were genuine. To see a local film produced so badly like this is really frustrating not just taking account of the main cast, but all of other flaws came with it. So when you write that public should appreciate, then you should point out what thing that they should be appreciative about, which is none at all. So my advice is, when you do something, do it seriously, with passions because your work will effect the industry as a whole not just yourself. I’m so tired the productions trying to convince the public the piece that is already bad to make it seems good. You guys just have to listen, improve and move on, and maybe apologise for making this terrible piece in the first place.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah, you're all right about it.

      Siapa yg nak keluarkan duit untuk kecewa akhirnya?

      ** anyway, tanggapan penulis public benci Dato Alif punca kegagalan movie ni tak masuk akal.

      Padam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "