Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bila Dah Kena, Baru Tahu Sakitnya Sampai Tak Boleh Jalan Dan Duduk'' Menderita ''Slip Disc'', Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beliau

12 Mac 2018
2 ulasan

Tiba-tiba rasa sakit dan tidak boleh berjalan? Ramai sebenarnya yang mengalami masalah ini. Bila jumpa doktor, baru tahu anda disahkan mengalami ''slipped disc''. Slipped disc merupakan satu situasi di mana cakera yang terletak di antara tulang belakang telah terkeluar dari posisi asalnya. Keadaan ini menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian tulang belakang.

Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Tidak boleh dipandang remeh, slipped disc membawa derita kepada mereka yang mengalaminya.

Melalui laman facebook, Faidhi Badri tampil berkongsi pengalaman beliau apabila disahkan terkena slipped disc. Sakit yang teramat, tidak dapat bergerak apatah lagi duduk dan berjalan dengan baik merupakan derita yang terpaksa ditanggung oleh lelaki ini.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat.

Slip Disc - Prevent is better than cure..

Tak semestinya terjadi bila angkat barang berat je..banyak lagi faktor lain..Sure ramai yang tak tahu pasal ni kan? Same goes to me sebelum ni mmg tak ambil kisah langsung sbb tak pernah tahu..

Bila dah kena kat batang hidung sendiri baru la tahu macam mana sakit dia dan mula buat reseach dekat google ..saya pasti yang alami sakit ni mesti tahu macam mana kesakitan tu, yelah tulang belakang antara yang paling penting dan harus dijaga dengan baik..kalau dah sakit ni mmg terbatas aktiviti kita.. Trust me.

So saya sarankan kome ambil langkah berjaga-jaga semasa lakukan apa jua aktiviti..Warded selama 4 hari di hospital tak boleh nak bergerak dan berjalan.. Ke sana-sini naik wheelchair fuhhhh mmg tak best bro !!! Ha ha ha.. Kome boleh refer pada gambar yang saya share, tag orang yang kome sayang nahhh x kisah la family ke, suami ke, tunang ke crush ke.. Harap tak kena apa yang saya alami ni.

p/s tlg la jangan operate ye sebab agak bahaya.. Better pergi fisio aje. Silakan share dan ce komen sikit sape yg penah kena slip disc nak tahu perkembangan kome sekarang.. Dah ok ke masih sakit? Sama-sama kita share ilmu.

Boleh nampak tak kesakitan tu macam mana?


Ni antara punca.. Sebenarnya banyak lagi.. Ni yang saya selalu buat sebab tak tahu sebelum ni :

1) letak wallet di bahagian punggung belakang
2) terus tunduk nk angkat brg berat.. Patut nya duduk dulu baru angkat barang

Banyak lagi kome weiii.


Ni suggestion dari doc nama dia lumbar support belt boleh beli dekat farmasi atau mr.diy.. Ni sy beli dekat farmasi i-sihat.. Harga dalam rm180 sy beli yg ni sebab lebih sedap dipakai dan selesa dia ade besi sikit.. Nk yg murah pn ada tapi tak de besi.. Up to you.. Ikut keselesaan masing-masing.


Dah discharge semalam.. Pura pura boleh jalan padahal muka tahan sakit sebab saya mmg tak boleh jalan dan duduk dalam masa yang agak lama..


4 hari warded kat hospital angkatan tentera (HAT) .. Sakit tu tak yah cerita la kan.. Mmg sakit sesakitnya. tqvm warga hospital (HAT) dan TLDM Lumut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "