Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bersua Muka Dan Beli Barang Selebriti Kegemaran Anda Di Carousell Live! Bertempat Di The Square, Publika.

8 Mac 2018

Baru-baru ini kecoh tentang jualan penghabisan stok Switch, di pusat beli belah My Town. Sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah dan bijak untuk anda berjimat. Pernah dengar Carousell? Kalau anda yang jenis penggemar beli barang secara online, konfem pernah dengar kan?


Carousell ni secara mudahnya adalah satu medium pengiklanan atau tempat jual beli barang secara mudah alih. Anda boleh mendaftar sebagai pembeli atau penjual. Macam-macam barang yang dijual kat Carousell. Barang terpakai, barang baru semua ada. Siap boleh chatting terus dengan penjual/pembeli. Tak payah susah-susah simpan nombor ke WhatsApp ke apa ke.


Lagi satu, jangan biarkan barang-barang lama anda terbiar dalam rumah sampai berhabuk, kalau barang tu masih boleh digunakan dan masih dalam keadaan elok, baik korang jual je kepada yang memerlukan melalui Carousell. Untung orang lain dapat beli murah dari kita. Murah rezeki, amin. Tudung Naelofar Hijab pun ada jual kat Carousell, tak payah susah-susah pergi Zouk. 

Ni ha nak bagitau, kalau anda nak beli barangan artis dan selebriti tempatan kegemaran anda, diorang ada buat jualan bazaar di event Carousell Live! yang bertempat di The Square, Publika pada 10 & 11 Mac ini bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam.


Lebih daripada 20 penjual termasuk barisan selebriti tanah air dan inluencer seperti. Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Xiiao Yin, Verene Lew, Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Shalma Ainaa, Natrah, Sh Fatin, Nurezzanie & Zoey) dan ramai lagi.


Selain berjumpa dan bertemu ramah dengan selebriti, banyak lagi benda best kat event tu. Boleh lah cari barang-barang pre-loved, barang rare. Penggemar barang bundle mesti ramai yang turun ni. 

Jom kita tengok video teaser beberapa selebriti yang akan join event Carousell Live kat bawah ni. Barang pre-loved apa yang diorang nak jual.


Anda juga boleh muat turun aplikasi ini ke telefon pintar anda dengan menaip http://caro.sl/carouselllive atau ke App Store dan Google PlayStore. Anda juga boleh kunjungi laman web www.carousell.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "