Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Berdasarkan Rekod Urusniaga, Duit 'Hilang' Sah Dikeluarkan Sendiri Oleh Pengadu," ASNB Tampil Dedah Hasil Siasatan

12 Mac 2018
2 ulasan

Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita mendakwa duitnya yang disimpan serta duit anak-anaknya sebanyak RM600.05 yang ada di dalam simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu dalam Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan dan Amanah Saham Didik telah hilang.

Posting berkenaan telah tular di laman sosial di mana mendapat perkongsian sehingga 19,000 kali sekaligus membuakan orang ramai bimbang mereka mungkin menerima nasib sedemikian.

Namun terbaru, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak ASNB berhubung kes kehilangan wang pelaburan dalam empat akaun didapati pengadu sendiri telah mengeluarkan semua wang pelaburan tersebut.

"Berdasarkan rekod, telah berlaku urusniaga terkahir pada 23 Januari 2018 di pejabat Pos Malaysia Berhad Chenderong Balai di mana semua wang pelaburan anak-anaknya telah dikeluarkan."

"Oleh kerana ASNB kini menggunakan sistem verifikasi menggunakan kad pengenalan dan ibu jari pelabur, ketiaga-tiga urusniaga hanya boleh dilaksanakan dengan kehadiran pengadu," jelas pihak ASNB.

Menurut ASNB, rekod menunjukkan dalam semua urusniaga berkenaan terdapat verifikasi kad pengenalan yang menunjukkan status 'pass' atau lulus sekaligus membuktikan pengadu sendiri yang menjalankan urusniaga berkenaan.

"Kami memohon supaya pihak puan tampil menghubungi kami dan memberikan fakta terbaru yang boleh membuktikan bahawa bukan puan yang mengeluarkan wang berkenaan, ini adalah bagi memastikan siasatan lebih lanjut dapat dijalankan bagi membantu menyelesaikan masalah puan jika benar berlaku pengeluaran tanpa kebenaran," Jelas pihak ASNB lagi yang mahu pengadu tampil.

Pihak ASNB memandang serius tuduhan ini kerana tulisan itu tidak disertakan bukti kukuh kerana ia boleh menjejaskan imej ASNB, jadi mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya kerana berdasarkan rekod yang disimpan jika pengadu tidak mahu memberi kerjasama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalau terbukti tuduhan palsu, boleh diambil tindakan undang-undang ni.

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "