Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Anak Yang Tak Pernah Ditegur Itu Paling Bahaya, Boleh Rosak Masa Depan'', Pesanan Doktor Ini Khas Buat Ibu Bapa

29 Mac 2018

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan dalam mendidik anak-anak. Teguran harus dimulakan di usia mereka yang masih kecil, agar mereka terdidik melakukan perkara yang betul dan seterusnya menjadi kebiasaan apabila besar kelak.

Namun, pernahkah tak anda lihat ada ibu bapa yang tidak menegur anak mereka dengan alasan masih budak lagi? Lebih parah, ada yang tersalah belajar ilmu parenting, untuk bercakap jangan dengan anak kecil pun tidak boleh. Bukan tidak boleh, tapi ada caranya.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq di Page TaufiqRazif.com ini mungkin boleh diambil sebagai pesanan kepada ibu bapa di luar sana. Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Semoga bermanfaat.

Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat 'biadap'. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam " alaaa..biasa la budak-budak ".

Aduh! Parah!


Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

"Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) "

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "