Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Perkara Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Sedang Hamil

30 Mac 2018

Saat mengetahui anda bakal menimang cahaya mata pastinya ia adalah momen paling indah namun bermula saat itu jugalah tanggungjawab para suami menjadi semakin besar.

Isteri akan mengalamai alahan, perubahan hormon dan emosi tanpa mereka sedar.  Suami harus sentiasa berada disisi dan terpaksa berkorban semata-mata untuk cahaya mata yang dinanti.

Perkongsian daripada Sharafuddin melalui laman Facebook miliknya berkongsi 10 panduan buat para suami lebih prihatin pada fasa kehamilan isteri.  Semoga ia bermanfaat buat kita semua.

TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL

1. Jangan pulang kerja terlalu malam

2. Jangan merokok. Nikotin sangat buruk untuk janin dan isteri.

3. Jangan menonton TV terlalu banyak.

4. Berilah perhatian ekstra pada isteri. Ketika berada di luar, telefon atau hantar sms untuk sebagai tanda prihatin kepada isteri.

5. Bantulah isteri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga.

6. Jangan kerap tinggalkan isteri sendirian tanpa ada teman. Isteri hamil cenderung menjadi lebih sensitif dan mudah stress.



7. Jangan mengucapkan hal yang sensitif mengenai berat isteri yang bertambah akibat kehamilan. Tetapi mulalah belikan isteri baju hamil yang cantik-cantik

8. Ketika memandu kereta bersama isteri, jangan laju2 atau sebaiknya sangatlah perlahan jika melalui bonggol jalan.

9. Jangan biarkan isteri anda pergi ke klinik sendirian. Pergilah bersamanya untuk check up bulanan atau mingguan.

10. Pada waktu melahirkan, jangan tinggalkan isteri sendirian. Ambillah peluang ini melihat sendiri kelahiran anak anda, disamping dapat beri sokongan moral kepada isteri.

Kalau dia sihat.. dia takkan minta tolong urutkan pinggang.. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat... Dia.... isteri tuan yg hebat... Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut... tapi dia tetap buat... Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan..... Dia adalah isteri tuan.. amanah dari Allah buat tuan...

Jadi suami2..kalau si isteri kata nk cari supplemen - - tambahan utk bg tenaga,
- utk hilangkn rasa alahan,
- utk mengelakkn HB rendah
- utk elak sembelit
- utk ikhtiar mudah bersalin

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "