Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tentera Syria Lancar Serangan Udara Di Ghouta Timur, 20 Kanak-Kanak Antara 100 Orang Yang Terkorban

21 Feb 2018

21 Feb - Lebih 100 penduduk awam di kawasan yang dikuasai pemberontak di Ghouta Timur terbunuh selepas pengeboman bertalu-talu oleh tentera Syria, lapor Bloomberg.

Keganasan itu berlaku ketika militia dan tentera pro kerajaan turut dijangka memasuki bandar Afrin, utara Syria yang dikuasai pemberontak Kurdis bagi menghadapi kepungan selama sebulan oleh tentera Turki.

Dikuasai oleh pemberontak sejak 2012, Ghouta Timur merupakan kubu penentang terakhir di pinggir Damsyik, manakala Bashar mengerahkan pasukan tentera tambahan ke daerah itu dalam usaha menawannya kembali.

Sekitar Ghouta Timur bagaikan dihujani peluru apabila tentera Syria melancarkan serangan udara, roket dan bedilan artileri.


Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak merupakan antara 100 penduduk awam yang maut dalam serangan itu, manakala kira-kira 300 yang lain cedera.

“Rejim Bashar mengebom Ghouta Timur untuk memberi laluan kepada serangan darat,” kata ketua badan tersebut, Rami Abdel Rahman.

Penentang utama rejim Bashar, Pakatan Nasional yang berpangkalan di Turki mengutuk 'perang penghapusan' itu di Ghouta Timur dan sikap masyarakat antarabangsa yang membisu.


Ia juga turut menuduh sekutu rejim Bashar, Rusia cuba menguburkan proses politik sebagai penyelesaian kepada konflik di Syria.

Di bandar Hamuriyeh di Ghouta Timur, penduduknya berlindung di kediaman masing-masing sebaik sahaja mendengar bunyi deruman jet perang.


Video: CNN

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "