Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesakit Mental Nekad, Bawa Lari Ambulans Dari Hospital

20 Feb 2018

20 Feb - Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental dikatakan telah melarikan sebuah ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Pesakit itu dipercayai telah berjaya diberkas pihak berkuasa. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abang Junaidi Abang Anuar berkata, suspek berusia 36 tahun dari Kampung Siol Kandis itu ditahan kira-kira pukul 1.50 petang.

Menurut Abang Junaidi, pesakit itu dikatakan telah dimasukkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut semalam.


"Bagaimanapun, suspek tiba-tiba melarikan sebuah ambulans milik pusat perubatan pakar swasta selepas petugas terbabit membawa pesakit masuk ke dalam HUS kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

"Kira-kira sejam kemudian, pasukan polis menemukan ambulans terbabit ditinggalkan di tepi Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas di sini,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, menyedari dirinya diburu polis, suspek bertindak keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri ke pusat beli belah di Wisma Saberkas.

"Usaha suspek untuk meloloskan diri daripada polis gagal apabila dia ditahan di kawasan HUS. Kita syaki suspek berlari semula ke HUS dari pusat beli belah itu sebelum dia berjaya diberkas," jelasnya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "