Selama tujuh bulan lalu, Trenton Lewis, seorang bapa tunggal berusia 21 tahun telah berjalan kaki sejauh 11 miles dari tempat tinggalnya untuk bekerja. Dia juga terpaksa bangun seawal tengah malam untuk berjalan menuju ke pejabatnya yang terletak di UPS, Little Rock.
Lewis berkata anak perempuannya adalah pencetus semangat utamanya untuk terus melangkah setiap hari dengan perjalanan yang sangat jauh.
"Saya mahu bersama anak perempuan saya dan sentiasa mendapat sokongan daripadanya. Saya mahu menjadi bapa yang baik," kata Lewis sambil menambah bahawa tidak pernah sekalipun dia terlambat setiap kali shiftnya bermula.
Lewis bagaimana pun tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai hal itu, namun rakan sekerjanya, Kenneth Bryant telah mengambil inisiatif secara senyap untuk membantunya.
"Jika seseorang mempunyai kegigihan seperti itu, saya sedia membantu mereka," kata Bryant.
Semenjak mengetahui hal itu, Bryant telah meminta tolong rakan sekerja yang lain mengutip dana untuk membelikan Lewis sebuah kereta.
"Inilah kereta pertama saya," kata Lewis.
"Saya mempunyai rakan sekerja yang sangat hebat!"
Menurut Kenneth, tidak semua individu yang memberikan dana tersebut mengenali Lewis secara rapat, namun hanya dengan mengetahui apa yang dilalui Lewis setiap hari membuatkan mereka ingin turut membantu .
"Mereka sangat mengagumi kegigihan Lewis yang sanggup bangun pagi-pagi dan berjalan sejauh itu untuk ketempat kerja."
Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan menjadikan Lewis sebagai contoh seorang ayah dan pekerja yang cemerlang.
Siakapkeli.my
Sumber: Breit Bart